Followers

Monday, October 17, 2011

Azli Bin Ayob dalam Kenangan


Jam 12 tengah malam, seperti mana biasa sebelum beradu tidur, HP merupakan bahan yang menjadi tatapan terakhir. Cek balik message, gambar dan friend list call. Tiba-tiba dapat kiriman message dari Qiril a.k.a Dr. Q dalam whatsapp. “Nd tahu tak azli dan kembali ke rahmatullah smlm” pendek saja kiriman msg tu, namun sudah cukup memberikan pengertian yang panjang lebar.

Tanpa berfikir panjang terus ND hubungi Q, masa tu mood masih lagi tenang dan bole lagi kawal. Dari cerita Q yang ND dapat, arwah meninggal akibat Jangkitan Paru-paru malam semalam (15 Okt 2011) di PPUM. (Masih lagi segar dalam ingat ND sewaktu ND terlantar hamper 5 hari di PPUM akibat Demam Denggi sekitar tahun 2007).


Kami tak sembang lama sebab ND harus hubungi kawan-kawan terdekat Azli yang telah mengiringi Jenazah ke Kg. Halamannya di Pendang Tanah Merah, Kedah untuk di semadikan pada awal pagi 16hb Oktober 2011. Orang yang dalam fikiran adalah Abang Man dan juga Ardly. (Abang Man adalah orang yang duduk serumah dengan arwah sewaktu ND mengenali Azli, dan Ardly merupakan teman baik Azli)

Terus hubungi Ardly, namun tidak berjawab dan hubungi pula Abang Man. Akhirnya abang Man jawab. Masa tu lah air mata memang tidak boleh nak tahan lagi. Mendengar suara Abang Man, terus sebak. Dari Abang Man lah ND mengenali insan yang bernama Azli bin Ayob ini lebih 6 tahun lalu. Apa pun, ND nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada mereka berdua ini kerana kabarnya mereka lah yang telah menunggu arwah di hospital ketika arwah nazak sehinggalah arwah menghembuskan nafas terakhir, di mandikan, di kafankan, disembahyangkan dan mengiringi jenazah ke kampong halaman dan seterusnya di semadikan. Ya Allah ya tuhanku, sebak sungguh hati ini bila dapat tahu perkara ini semua sebab barulah ND akur yang sahabatlah orang yang paling penting dalam hidup kita bila kita berjauhan dari keluarga.

Buat Ardly dan Abang Man, kalau lah ada anugerah seorang teman sejati. Telah ku berikan anugerah itu kepadamu. (Masih lagi teringat ND ketika kita semua berjumpa dan berkumpul dalam jamuan Hari Raya di rumah terbuka abang Man beberapa tahun yang lalu, sungguh meriah saat itu) Sesungguhnya sukar sekali mencari teman sebaik kalian. Suka duka dan sehinggalah dia tiada, kalian terus menemaninya. Allah saja yang dapat membalas kebaikkan kalian itu. Selain dari Abang man dan Ardly, antara lain kawan2 terdekat Azli yang ND ketahui adalah Husni juga turut menemani arwah ketika nazak sehinggalah ke kampong halaman.

Buat Husni, salam takziah dan kuatkan semangat untuk meniti hari2 mendatang. (Masih lagi teringat ND ketika kita sama-sama tengok Bunga Api di Putrajaya dulu, aku tumpang naik keta ko masa tu bersama Arwah, dan masih terpahat kukuh dalam ingatan sewaktu kemeriahan sambutan pembukaan KEBUN MIMPI kamu Husni). Ya Allah, tika ini air mata masih lagi mengalir mengenangkan kembali saat2 manis itu. Apa pun, bak kata orang, yang pergi tetap akan pergi buat selamanya. Kita harus meniti perjalanan ini dengan penuh ketakwaan.

Hanya iringan doa dan ayat2 suci Al-Quran sahaja yang dapat kita berikan kepada Arwah. Buat seluruh keluarga Azli dan rakan2 yang mengenali Azli, salam takziah buat kalian dan sama2 lah kita menyedekahkan Al-Fatihah buat Arwah dan berdoa agar Rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan bertakwa. Al-Fatihah.