Followers

Thursday, October 27, 2011

Himpunan Dosa-Dosa Besar.

Salam sejahtera dan salam hormat semua. Kadangkala apa yang kita fikirkan tidaklah sama dengan apa yang orang lain fikirkan tentang sesuatu itu kan. jadi kalau bole marilah kita jahukan diri dari memikirkan perkara2 yang tidak baik tentang orang lain dan juga diri kita. Pesanan ini hanyalah sekadar renungan dan peringatan untuk diri sendiri ND, tiada kait mengait dengan orang lain yer. Apap pun, pagi tadi bila semak FB ND, adalah terbaca statement kawan2 di FB, yang menarik perhatian ND adalah tentang Dosa2 Besar ini, dari itu..marilah kita baca dan fahami serta menjauhkan diri dari melakukan segala dosa2 ini. Semoga perkongsian ini dapat menfaat utntuk kita sesama muslimin. Amin.


Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:


01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi www.familiazam.com
04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak http://familiazam.com
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki

kredit kepada pemilik blog :http://familiazam.com/dosa_besar.htm

Monday, October 17, 2011

Azli Bin Ayob dalam Kenangan


Jam 12 tengah malam, seperti mana biasa sebelum beradu tidur, HP merupakan bahan yang menjadi tatapan terakhir. Cek balik message, gambar dan friend list call. Tiba-tiba dapat kiriman message dari Qiril a.k.a Dr. Q dalam whatsapp. “Nd tahu tak azli dan kembali ke rahmatullah smlm” pendek saja kiriman msg tu, namun sudah cukup memberikan pengertian yang panjang lebar.

Tanpa berfikir panjang terus ND hubungi Q, masa tu mood masih lagi tenang dan bole lagi kawal. Dari cerita Q yang ND dapat, arwah meninggal akibat Jangkitan Paru-paru malam semalam (15 Okt 2011) di PPUM. (Masih lagi segar dalam ingat ND sewaktu ND terlantar hamper 5 hari di PPUM akibat Demam Denggi sekitar tahun 2007).


Kami tak sembang lama sebab ND harus hubungi kawan-kawan terdekat Azli yang telah mengiringi Jenazah ke Kg. Halamannya di Pendang Tanah Merah, Kedah untuk di semadikan pada awal pagi 16hb Oktober 2011. Orang yang dalam fikiran adalah Abang Man dan juga Ardly. (Abang Man adalah orang yang duduk serumah dengan arwah sewaktu ND mengenali Azli, dan Ardly merupakan teman baik Azli)

Terus hubungi Ardly, namun tidak berjawab dan hubungi pula Abang Man. Akhirnya abang Man jawab. Masa tu lah air mata memang tidak boleh nak tahan lagi. Mendengar suara Abang Man, terus sebak. Dari Abang Man lah ND mengenali insan yang bernama Azli bin Ayob ini lebih 6 tahun lalu. Apa pun, ND nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada mereka berdua ini kerana kabarnya mereka lah yang telah menunggu arwah di hospital ketika arwah nazak sehinggalah arwah menghembuskan nafas terakhir, di mandikan, di kafankan, disembahyangkan dan mengiringi jenazah ke kampong halaman dan seterusnya di semadikan. Ya Allah ya tuhanku, sebak sungguh hati ini bila dapat tahu perkara ini semua sebab barulah ND akur yang sahabatlah orang yang paling penting dalam hidup kita bila kita berjauhan dari keluarga.

Buat Ardly dan Abang Man, kalau lah ada anugerah seorang teman sejati. Telah ku berikan anugerah itu kepadamu. (Masih lagi teringat ND ketika kita semua berjumpa dan berkumpul dalam jamuan Hari Raya di rumah terbuka abang Man beberapa tahun yang lalu, sungguh meriah saat itu) Sesungguhnya sukar sekali mencari teman sebaik kalian. Suka duka dan sehinggalah dia tiada, kalian terus menemaninya. Allah saja yang dapat membalas kebaikkan kalian itu. Selain dari Abang man dan Ardly, antara lain kawan2 terdekat Azli yang ND ketahui adalah Husni juga turut menemani arwah ketika nazak sehinggalah ke kampong halaman.

Buat Husni, salam takziah dan kuatkan semangat untuk meniti hari2 mendatang. (Masih lagi teringat ND ketika kita sama-sama tengok Bunga Api di Putrajaya dulu, aku tumpang naik keta ko masa tu bersama Arwah, dan masih terpahat kukuh dalam ingatan sewaktu kemeriahan sambutan pembukaan KEBUN MIMPI kamu Husni). Ya Allah, tika ini air mata masih lagi mengalir mengenangkan kembali saat2 manis itu. Apa pun, bak kata orang, yang pergi tetap akan pergi buat selamanya. Kita harus meniti perjalanan ini dengan penuh ketakwaan.

Hanya iringan doa dan ayat2 suci Al-Quran sahaja yang dapat kita berikan kepada Arwah. Buat seluruh keluarga Azli dan rakan2 yang mengenali Azli, salam takziah buat kalian dan sama2 lah kita menyedekahkan Al-Fatihah buat Arwah dan berdoa agar Rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan bertakwa. Al-Fatihah.



Wednesday, October 12, 2011

ASAL USUL SOLAT


SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga=lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan

baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan
Rak=at kedua : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya.
Rakaat ketiga : Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.

Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:


Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga : Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke=atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.


Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.