Followers

Thursday, April 30, 2009

Karoke Santai Edisi 30 April 2009

Salam..

Emmm, terkenangkan kembali semalam, lepas abis meeting jam 7 15pm di Kompleks PKNS Shah Alam tu..ND terus je dok kol semua member2 kat area Shah Alam dgn harapan utk ajak dinner sama..mujurlah semuanya memberikan alasan sibuk n dah makan..terus saja ND balik umah n landing depan TV..(masa tu da malas da nak kua p mana2). Sib baik tergerak hati nak msg Noreen tanyakan pasal jadual konti..terus si Noreen tu ingatkan ND yg mlm ni jam 12 pagi ND konti Relax KL..emm apa lagi, terus siap2 kan diri utk konti.

Mccm biasa utk segmen mlm2 ni kalau ND yg bawak..apa lagi, Karoke Santai la..
Bole tahan gak mlm ni, lebih dari 8 caller ND amik..semuanya mmg spooting nyanyi ikut sedap hati dia org je..uols mmg bole jual lah..best n terhibur sgt2 ND. (Thanks to Wanie gan lagunya Akan Datang, Noreen gan lagu lamanye tu,sori ND lupa lak tajuknya, MamaRock siap kol dari Jb lagi nih..gigihkan namanye..tq mama, Kak Sal Bangi tetap karoke gak gan lagu Semakin Hari Semakin Rindu.., Sarifudin gan lagu lama tu.., Hafis Petaling Jaya dan ramai lagi..ND lupa lak nama mereka semua..apa pun thanks ya uols)

Wednesday, April 29, 2009

LAgu Pilihan Hari ini

Sudirman

Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Ketentuan Ilahi...





~ Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Ia beri kaktus berduri.. Aku minta kupu-kupu, Ia beri ulat berbulu.. Aku sedih dan kecewa.. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali.. Dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik.. Itulah jalan Tuhan.. Tepat pada masaNya.. 'Tuhan tidak memberi apa yang kita HARAPKAN, tetapi Dia memberi apa yang kita PERLUKAN'.. Kadang kita sedih, kecewa, terluka, tetapi jauh di atas segalanya Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.. ~

p/s: terima kasih kepada Cik Puteri Adania atas nukilan di atas.

Tuesday, April 28, 2009

Sebuah Ceritera Dari Pantai Timur

Bersama Noreen yang sudi hantarkan ND pagi tu..

Salam semua..


Rasanya dah hampir seminggu ND tak update page ni..btw, thanks kepada semua yang sudi jengah blog ni walaupun seketika je..ND amat2 hargainya. Ya, bila dikatakan lama tu, lama gak lah ND tak keudara..rasanya dah masuk 2 minggu since 18April ari tu..pas tu sabtu lepas Noreen yang tolong gantikan Nadi Kota KL ND tu..thanks to Noreen.


Minggu lapas, ND luangkan sedikit masa utk ke Kota Bahru, 24hb tu hari Jumaat kan, emm since dat day sibuk cari tiket pergi dan balik. Akhirnya dapat lah tiket. Last minit punya hal, tiket naik flt ke KB utk pergi pada 24 dan 25hb semuanya sold out. Baik AirAsia, MAS or Firefly..last2 book tiket ari sabtu jam 8 pagi dari Sek 17 Shah Alam ke KB. Tu je tiket pergi yang ada. Check di internet melalui laman web www.fireflyz.com.myLCCT, ND amik jln mudah dan dekat utk turun di Airport Subang. First time nak rasa menaiki flt firefly mcm mana..ND gembel je lah book tiket tu..yg penting harganya murah dan berpatutan. akhirnya ND berjaya gak book tiket utk balik ke KL pada 27hb April. Utk menggelakkan dari turun diLCCT..


Petang lepas keja ari jumaat 24hb tu ND sempat lah jugak ke SACC Mall Shah Alam utk shopping beg, cos beg yang ada cam da teruk, syukur lah Jusco buat sale, dapat lah ND beli beg kulit yg harganya cecah rm1k tug an harga rm290 sahaja..emm skrg ni kita kena bijak membeli. Jgn nak kan style, tp tak pandai membeli, akhirnya kita gak yang menanggung hutang nye..hehe (cakapkan utk diri sendiri actually).

Tiba masa nak ke KB tu, awal2 pagi lagi dah gegarkan pintu umah djNoreen..hehe siapa lagi mangsa yang paling dekat n bole tolong ND selain dari Noreen tu, dia la yang byk tolong ND b4 this..thanks Noreen..So Noreen hantar ND kat bus stand sek 17 Shah Alam tu..hehe, sampai je kami terus brfst n ND terus naik bas SANI Ekspress yang dah menanti jam 8 pagi. Terus ke Hentian Putra KL dan menunggu selama hamper sejam gak kat sana baru lah bas bergerak ke Highway. Dlm pada tu, walaupun dah brfst, ND tetap lapar. So bila bas berhenti di petrol pam yg ada mcD, terus je ND beli set brfst makan dlm bas.emm bila dah kenyang tu, apa lagi..melantak tido je lah..hehe..


Sempat Solat sebelum meneruskan perjalanan..


Berhenti seketik Di Kuala Lipis..


Perjalanan diteruskan setelah selesai lunch..

Sukarnya ND nak lupakan saaat2 ini..


Di antara Pekan lama yang terdapat di Kota Bahru..


Selain dari itu juga, kami sempat singgah di tengah2 Kota Bahru utk membeli Kueh Mueh..sedap2 uols..


Ini adalah pemandangan tepi pantai di waktu petang..nak tahu kat mana? kalau tak silap ND lah nama tempat ni kat Pengkalan Petah..kat mana tu?? haa korang cari lah sendiri..hehe


Emm cerita ni tak dapat di sambung lagi atas sebab nak kena p meeting..so kita sambung lagi esok deh…

Thursday, April 23, 2009

Sebuah Titipan Buat Semua


Ibu melahirkan kita sambil menangis kesakitan. Masihkah Kita menyakitkan-nya? Masih mampukah kita tertawa melihat penderitaan-nya? Mencaki maki-nya? Melawan-nya? Memukul-nya? Mengacuhkan-nya? Meninggalkan-nya? Ibu tidak pernah mengeluh membersihkan Kotoran Yang ada pada waktu kita masih kecil, Memberikan NASI waktu kita bayi, Mencuci celana kotor kita, Menahan derita, Menggendong kita sendirian. SEDARILAH bahwa di Dunia ini tak ada 1 orang pun yang mau mati demi IBU.sesungguhnya menjaga ibu itu lebih baik daripada mati syahid dan jihad.

M. Nasir

Bonda

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda


p/s: Di saat ini, baru ke tahu betapa ku merindui Ibu ku yang kini berada di Pasir Gudang Johor..Mak, adik sayang mak dunia akhirat..

Wednesday, April 22, 2009

Sekitar Malam Penaja Selangorfm-Negerifm dan KLfm

Tasha yang jelita

Dengan tema Glitters Of The Nite..bertempat di Kelab Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada 17 April 2009, emm mmg meriah mereka yang datang mlm tu..kalau korangtak caya korang tgk je lah sebahagiannya yang sempat ND rakamkan ni..hehe

Apa pun, thanks to Pn. Fee yg mmg nampak ceria h chantik mlm tu, kepada rakan2 ku spt Pool, MK,Kzie, Nik Aida, Julia, Mimie, Nia, Noreen, Kak Zah (yang tampak cantik mlm tu..), AO dan yang lelain tu..kalian mmg best..tp sedih gak lah kan, group kita kalah sketsa mlm tu..selangorfm selaku tuan rumah boleh menang..emm TUAN RUMAH..itu je lah yang bole kita cakap..hakikatnye show kita org lagi best kan..(walaupun..) apa pun, ND tak putus asa.sebagai pelakon BISU yang malatpos itue..ND tetap berbangga..hehehewell thanks to Tasha yang sudi dtg temankan Abg k..

Pn. Fee yang Anggun..aku jugak yang muka dah berminyak sekilo.hehe
Bersama juara bintak Klasik Nasional 2008.
Hey hey..! Mila in da house...
Jamal Abdilah membawakan lagu barunye "Apa Lagi" mmg meletops..hehe caya lah abg Jamal.

Siapa lagi kalau bukan Ratu Kebaya mlm tu, Kak Nikki katanyer...(yo lah kan..hehe..apa pun Aida tetap ayu gitu..)
Bersama Pool yg tampak kacak dan segak sikit saja mlm tu..(yg penting ND tak mau kalah..ND nak jugak title Jejaka Kacak dan Segak..walaupun)
Apa macam..ada gaya kami bole kena jual tak? hehe..Noreen mengenakan pakaian dari koleksi Bernard Chandren..ND tetap dari butik ND Collection..
Ini adalah jejaka idaman melaya ...memang boleh jual lah...hehe

Friday, April 17, 2009

Neon2 KL Edisi 16 April 2009

Ifa Raziah yang sememangnye giler2 gitu..seronok n happy jumpa dia org..Bole Jual Lah kak Ifa..(Bole Jual Ker..) hehe
Abg Hattan yang sempoi n spoting..caya lah abg Hattan..

Hattan, ND n Ifa Raziah..
Panas! panas! panas!...

Sebelum ND konti n sebelum dia org tinggalkan konti dgn ND keseorangan tu, sempat lah juga kami bergambar kenangan2an..yang penting ND boleh jual lah!!

Ni ada sekeping gambar ketika Iqwal datang ke konti utk ditemu ramah bersama Zulastree.

Salam,
Emm tak ada apa yg nak ND kata kan di sini actually, memandangkan masa agak suntuk utk nak menaip semua..apa pun ND just nak hight light kan kepada semua yang mendengarkan ND semalam dalam Neon2 KL bermula dari jam 8 malam hinggalah ke 12 tgh mlm, terima kasih lah banyak2 ya..

Best regards,


Eh, nak tanya ni, apa cadangan korang utk Topik Nadi Kota KL ND esok? ada cadangan tak?

Majlis Pelancaran Album Zawazi Seadanya

Bersama Nik Aida Waty@Nikki..

Inilah Zawazi, semoga kelahiran Album sulongnya ini membeikan nafas baru dalam industri tanah air..Boleh Jual Lah Zie..

Salam..

Ini adalah antara yang sempat ND rakamkan dalam HP Sony ND yang tak seberapanye itu..hehe, btw kepada semua thanks ya..especially to Zawazi cos beri peluang utk ND mengacarakan Majlis tersebut. Thanks to Gading2U Sdn.Bhd. Pihak2 penaja dan semua yang menjayakan majlis secara langsung mahu pun tidak. Kepada rakan2 dj yang datang terutama kepada Hj. Daud, Papa Ray, Kak Zah, Mimie, Kazie, Nik Aida, Ain, Ody Muzikfm, AdyMuzikfm dan ramai lagi lah..apa pun kepada kalian semua tq so much ya. Kepada Abg Rosli Ahmad dan juga kepada sahabat2 KLfm yang sempat datang.

Bersama Adeq dari kumpulan Delay..

Mama Rina turut datang memberikan sokongan ptg tu..

Penari latar Zawazi ptg tu..brother Es..emmm meletop tarian dia org..

With Ody Muzikfm..

Ini lah pari2 dari kayangan..hehe

Boleh Jual Ke..??

Sama cantik kata nye..hehe

Bersama En Sulaiman@Abg Man selaku Pengurus Eksekutif Gading2U Sdn. Bhd. yg cukup spoting ptg tu..thanks Abg Man.

Thursday, April 16, 2009

Karoke Santai bersama ND 16 April 2009-12am to 3am

Salam..

Emm kemeriah tetap terpancar di wajah ku walaupun kan..hehehe..apa pun thanks kepada semua yang terut serta dlm karoke santai bersama ND dan juga Pantun santai tu eak.,..huhu..tak menang tangan actually nak menjawab kol..pada mereka yg tak dapat menembusi konti tu..im so sorry eak..maklum je lah..(hehehe walaupun)

Thanks to Lina Rock, Abg Sham, Andak Sham, Kak Ida, Ady Subang Jaya, Rendang Tok (so sori tak dapat nak call balik-line asik penuh je nak buat kol out)..to Zul kat kelantan tu..thanks ya pantau2 ND..buat Cik Bad kat kota London..again thanks..apa2 je lah Bad janji Boleh Jual lah kan..hehehe..Zuwairi..thanks 4 ur comment..nak ikut p tgk wayang ker? Boleh sajer..emmm nanti lah tunggu Rabu akan datang..cos Rabu semalam dah p tgk movie sorg2 kat Midvly..gigih gak kan..(ada aku kesah) hehehe..yg penting ND tetap terlelap in da middle of the story.hahaha..tp cerita yang mengisahkan ttg seorang gadis yg suka membeli belah dgn membelanjakan wangnye dgn menggunakan kad kredit..mmg meletop uols..korang patut tgk bg mrk yang suka shopping tu..hehehe..Apa? tajuknye apa? haa korang carilah sendiri kat wayang tu..haha..

Ni actually ND karang blog ni ND masih lagi kat konti KLfm, stil tak kua2 lagi n tak blik lagi..nak tahu kenapa? mana bole bagi tahu...nanti dj2 lain especially si Nazirah n Hezry tu..ada je dia org tu tak puas hati..tp apa2 pun thanks kat Hezry cos belanja tgk wayang ari tu eak..best gak citer apa nama tu..alah..emm citer JekyChan tu lah..Shinjiku Incident..apa2 lah uols..kami tgk kat Sunway Pyramid je..pas tu kami discussion kat Teh Tarik..emm best gak santai kat sana..yang penting Hezry dah beli Note Book uols..hehehe..Nazirah lak sibuk gan persiapan sempena Wedding dia hujung bulan lima ni..(selamat..penggantin baru...ewah! nyanyi lagi dong)

Emmm nak cerita gak ni, ari Jumaat ni kami ada dinner kat Club Selangor sempena gan Majlis Bersama Penaja yang di anjurkan oleh Radio selangor dgn kerjasama KLfm dan...entah lupa lak ND siapa lagi..apa pun ada persembahan nanti mlm tu oleh DJ2 klfm..nak ahu siapa..haa nanti lah ND akan story kat uols..(APA PUN TO NOREEN N AZLAN OMAR-buat yg terbaik ya uols..ingat konsep blink2 ya..hehe)..mate dah mengantok ni..dah pack brg2 dulu...bulu roma dah meremang ni kt dlm konti tgh2 pagi buta..(rakan2 dj kat klfm ni tahu lah apa dia maknanya..)
Ok, jumpa lagi di lain kesempatan ya..jgn malas2 utk add nd di myspace www.myspace.com/djndklfm dan jugak kat facebook djndklfm@yahoo.com or kepada mereka yang ada YM tu add saja ND kat dinshahalam@yahoo.com
Kita jumpa lagi ya..oh ya jgn lupa turunkan autograp korng kat ruangan comment kat bawah ni spt mana yang dilakukan oleh Nuar, Mama, Zuwairi, Cik Bad dan ramai lagi..daa uols... (BOLEH JUAL LAH!)

p/s: Kepada dj Julia thanks eak buat playlist 3KL siap ada lagu ND Menunggu Hadirmu itue..so sweet Julia..

Monday, April 13, 2009

Thanks 4 da Last Week

Salam..

Apa kabar semua, emm maaf la, agak lama tak update blog ni..emm spt mana biasa kalau ND tak jengah tu maknanye ND mmg benar2 bz, gan keja samaada di Konti mahupun diluar konti. Kepada yang telah bersama2 dgn ND dlm NADI KOTA KL sabtu lepas tq so much ya. Thanks buat Mama, Kak Sal Bangi, Kak Lah, Pak Ngah, Ady SubangJaya,emmm rami lagi lah, yang sempat bagi sms or kol konti tu thanks ya. yang mendengarkan tak kira lah kat rumah ataupun dlm keta or tmpt keja tu thanks ya spt Zuwairi, Hazimi, Zuwan, Bad di New castle London, Pn. Hamisah, Abg Rosli, Noreen of cos kan dan ramai lagi lah..apa pun buat anda semua thanks ya.


Spt mana yang anda maklum, selain dari bertugas sebagai penyampai radio di KLfm, ND juga bertugas secara tetap di PKNS, jadi kenalah bahagi-bahagikan masa. Selalunye kalau tak ada konti, lepas keja di PKNS saja ND akan balik rumah. Tak pun, ND selalu pergi main badminton atau pun p swim..tu adalah xtvt rutin ND kalau tiada apa2 nak buat lepas keja. Tp selalunya setiap ari Rabu lepas keja adalah hari menonton wayang bagi ND, jadi sasarannya adalah di Midvely atau di SunwayPyramid atau pun Bukit raja. OU, Pavillion, Cineleasure tu adalah tempat2 yg kalau pergi pun time hujung minggu.

Cerita pasal movie ni lak, 2 minggu yang lalu ND sempat la tgk movie dgn Tasha. Selaku adik angkat ND yang paling rapat tu..kami berdua saja yang pergi time tu. Last minit pergi time tu yang ada movie terdekat adalah cerita 12 ROUND. Emm boleh tahan la jugak cerita tu, ND mmg sukakan cerita yang ada action+message dan juga jln cerita yang menarik. Minggu lepas pulak hari yang sama (Rabu), ND sempat la tgk The Fast And Furios 4, emmm mmg best giler cerita ni..tp yg buat tak bestnye tu lak..ND terlena dihujung2 cerita tu..emmm mmg xdapat nak tahan lagi dah time tu..mengantok yang amat sangat. May b p tgk sorg2 kot..hehe..pe pun kalau p tgk gan kwn pun mcm gan Tasha tu, dia lak yang tido..cis hampeh saja si Tasha.

This week tak tahu lagi nak p tgk cerita apa, tp dari ari tu lagi nak p tgk cerita TELENTIME..ada sesiapa yang dah p tgk? Kalau dah tgk..mcm mana eak ceritanye..emm apa pendapat korang?

Friday, April 10, 2009

A n y t i m e y o u n e e d a fr i e n d (Mariah Carey)

If you're lonely
And need a friend
And troubles seem like
They never end
Just remember to keep the faith
And love will be there to light the way

Anytime you need a friend
I will be here
You'll never be alone again
So don't you fear
Even if you're miles away
I'm by your side
So don't you ever be lonely
Love will make it alright

When the shadows are closing in
And your spirit diminishing
Just remember you're not alone
And love will be there
To guide you home

Anytime you need a friend
I will be here
You'll never be alone again
So don't you fear
Even if you're miles away
I'm by your side
So don't you ever be lonely
Love will make it alright

If you just believe in me
I will love you endlessly
Take my hand
Take me into your heart
Ill be there forever baby
I wont let go
Ill never let go

Anytime you need a friend
I will be here
You'll never be alone again
So don't you fear
Even if you're miles away
I'm by your side
So don't you ever be lonely
Its alright
Its alright

c i n t a

Ikhlas buat teman2 ku…
Sekadar renungan bersama…
Diantara kita tiada bezanya…
Yang berbeza hanyalah amal dan takwa..


Semalam berlalu, meninggalkan seribu kenangan…
Hari ini bertemu, membawa sejuta harapan…
Esok belum tentu, cinta itu datang lagi…

‘Cinta’…
Marilah kita mengenal erti Cinta sebenar…
Cintalah pada Tuhan yang Esa..
Cintalah pada Rassul junjungan…
Cintalah pada Diri kita…
Cinta lah pada Keluarga..
Cintalah pada Sahabat…
Cintalah pada sesiapa sahaja…
Asalkan kita tahu bagaimana mencorakkanya….
Berpadalah dalam percintaan…
Kerana Cinta itu buta…

Salam penuh ingatan yang berpanjangan..


(¯..v..¯)

..*.¸.*..

¸.•..¸.•*¨) ¸.•*¨)

(¸.•.. (¸.•.. .•.. ¸¸.•¨¯..•. * muah *

Wednesday, April 8, 2009

t h e b e s t w o r d t h i s m o r n i n g

Salam..

Kata Orang, sesuatu yang baik itu, kita perlu sampai-sampaikan..emm tak gitu..so pagi ni ND mcm nak jadi pakar motivasi lah kiranye.. (pada hal, masalah sendiri tak settle2 lagi..hehe, poyo je aku) alah, bukannyer apa..bukankah kata2 madah tu kadang2 membuatkan kita ada keyakinan dalam diri kita..kan kan kan...?

" ANDA AKAN MENJADI SEPERTI YANG ANDA FIKIRKAN. OLEH ITU, SENTIASALAH BERFIKIR UNTUK MENJADI YANG TERBAIK." -hukama.

Monday, April 6, 2009

D U S T A B E R K A L A N G

Salam..

Sukarnye utk menulis sesuatu yang terbuku di dalam hati, tp kadang2 kalau kita tak luahkan, jadi barah pulak kan..emm, apa pun thanks kepada mereka yang sudi mendengarkan Suria Pagi KL 4 April 2009 6-10 pagi, nadi Kota KL 4&5 April 2009 2-5pm, sudi menghubungi konti, sudi mengirimkan SMS dan juga anda yang mengunjungi Blog ND ini.

Thanks to..emmm tak terluah actually..cam ada sesuatu yang menyekat utk ND menulis ptg ni..emm dah puas nak tulis tp air mata ni non-stop menitis dari kelopak mata..(ini bukan adegen menagih simpati..tp reality) Kadang2 kita sedih bukan sebab seseorg..tp teringatkan seseorg..emmm apa pun, ND gtg..i hav to stop it..will write again soon ya..sori semua..see ya..

ND-7april2009.515pm

Aiman - Dusta Berkalang

Semua yang nista
Semua yang dusta
Tidak kan bertahan
Tidak kan tersimpan

Jadi debu berhamburan
Menjadi mangsanya
Permainan mayapada
Begitu al-kisah nya

Kanan kiri berkalang
Pantas cari lindungan
Usah rebah hati

Manis racun dunia
Ramai insan tertawan
Rawan tersiksa

Ranumnya sang bulan
Merdunya seri bayu
Hanyalah puraan
Di alam khayalan

Dalam ombak hidup
Kita yang layari
Jangan kau tenggelam

Di arus masa
Harus kau kemudi
Pulang ke hakiki

Friday, April 3, 2009

Rahasia Solat


Assalamua'laikum wr wb......... ..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......


1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat
kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi
kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita
didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan
oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.




Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah sal ah satu sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Was sal am.



"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Wednesday, April 1, 2009

Relax@KLfm 2Nite (2hb April 2009) 12am - 3am

Salam semua..

Jangan lupa bersama ND tgh mlm ini bermula jam 12.00 am sehingga 3 pagi okay..
emm nantikan jugak topik yang akan dibincangkan..
enjoy ya..terus setia bersama ND 97.2..