Followers

Wednesday, December 7, 2011

OMBAK RINDU


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuesday, December 6, 2011

SAKIT LUTUT...RAMAI YANG DA MENGALAMI...KAT SINI DE SEDIKIT INFO...

KECEDERAAN lutut boleh berlaku kepada sesiapa saja, terutama di kalangan individu yang aktif dan sering terbabit dalam kegiatan lasak, termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga tua.

Lutut bengkak akibat terjatuh ketika bermain adalah contoh kecederaan lutut paling lazim pada kanak-kanak. Walaupun ia fenomena biasa, ia tidak wajar dipandang ringan kerana tanpa rawatan, kecederaan otot boleh mengganggu pergerakan dan aktiviti harian.

Wanita aktif yang terbabit dalam sukan lasak mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat kecederaan lutut berbanding lelaki.

Ini kerana mereka mempunyai saiz otot dan ligamen yang lebih kecil serta corak pergerakan berbeza.

Menurut Pakar perunding pembedahan Orthopedik, Dr Hyzan Mohd Yusof, wanita yang terbabit dalam aktiviti atau sukan lasak mempunyai risiko sembilan kali lebih tinggi untuk mengalami kecederaan lutut.

Mereka lebih mudah mengalami kecederaan ligamen anterior krusiat di lutut ketika haid. Ini kerana hormon estrogen akan melemahkan ligamen berkenaan, yang menyebabkan ia mudah cedera.

Bagaimanapun, katanya, ini bukan alasan untuk tidak bersenam kerana ia penting bagi memastikan keanjalan otot dan sendi, tetapi wanita harus lebih berhati-hati ketika bersenam atau bersukan.

Antara kecederaan otot yang kerap berlaku kepada wanita dewasa yang aktif dalam kegiatan memanjat atau berlari ialah Chondromalacia, iaitu kecederaan kartilaj pada tulang patella atau kepala lutut.

Ia juga disebabkan kesakitan pada lutut ketika memanjat atau menaiki tangga. Manakala Supra patella bursitis adalah bengkak pada atas atau bawah kepala lutut yang biasanya dialami wanita jika mencuci lantai dalam keadaan melutut.

Kecederaan Anterior Cruciate Ligamen (ACL) atau ligament krusiat hadapan pada lutut boleh dialami kepada lelaki atau wanita, terutama yang bermain bola keranjang, bola sepak, ragbi atau futsal.

Kecederaan boleh berlaku jika pemain menukar kedudukan (posisi) badan secara tiba-tiba ketika berlari atau berlanggar ketika berlari.

Pesakit akan merasa sakit lutut lutut sakit. Lutut juga turut bengkak kerana berlaku pendarahan di dalam lutut dan biasanya pemain tidak dapat meneruskan permainan.

Jika lebih 25 peratus ligamen tercedera, seseorang itu akan berasa sakit dan kedudukan lututnya tidak stabil kerana ligamen yang menjadi pemegang antara dua tulang terkoyak.

Namun bagi pemain profesional, kecederaan ligamen walaupun sedikit, perlu dirawat dengan rapi kerana mereka memerlukan lutut yang stabil untuk meneruskan kerjaya.

Kecederaan ligamen krusiat posterior biasanya dialami penunggang motosikal dan biasanya ia tidak memerlukan pembedahan. Mereka hanya perlu menjalani latihan fisioterapi untuk mengatasi masalah ini.

Orang tua juga boleh mengalami kesakitan lutut. Biasanya orang tua berdepan masalah osteoartritis yang menyebabkan rasa sakit lutut dan kejang.

Dr Hyzan berkata, di kalangan orang tua ia berpunca daripada lapisan kartilaj (pelindung pada permukaan tulang yang berfungsi sebagai pelincir yang mengurangkan geseran tulang) yang rosak akibat kegiatan lasak dan menyebabkan geseran setiap kali bergerak.

Dalam keadaan ini, secara semula jadi badan menambah pelincir untuk memudahkan pergerakan lutut.

Kadangkala pelincir ini dihasilkan secara berlebihan dan menyebabkan ia berkumpul pada belakang lutut. Hasilnya ialah bengkak dan rasa sakit di belakang lutut yang dipanggil ‘Baker's cyst’.

Sakit lutut akibat osteoarthritis bertambah apabila pesakit bergerak. Pada kebiasaannya, orang tidak mahu menggerakkan bahagian sendi yang sakit. Masalahnya, jika tidak digerakkan, kapsul lutut akan menjadi ketat dan keras, yang boleh menyebabkan rasa lebih sakit apabila pesakit mahu berjalan. Masalah ini lebih ketara bagi mereka yang gemuk.

“Walaupun terasa sakit, pesakit mesti bersenam, sekurang-kurangnya berjalan perlahan-lahan. Senaman boleh menguatkan lutut dan mengelakkan kapsul daripada menjadi keras. Kesakitan boleh dikurangkan dengan mengambil ubat.

“Perkara kedua yang perlu dilakukan adalah mengurangkan berat badan dan memakai kasut yang sesuai dengan aktiviti. Dengan cara ini, risiko untuk menjalani rawatan pembedahan dapat dikurangkan,” katanya.

Senaman yang dipilih perlu bersesuaian dengan keadaan kesihatan seseorang pesakit. Mereka perlu memilih kasut bertapak tebal yang boleh mencengkam dengan baik. Antara senaman lain yang boleh dilakukan termasuk mengayuh basikal (bergerak atau static), taichi atau bermain golf. Aktiviti air seperti berenang adalah senaman paling baik kerana ia berisiko rendah dan tidak memberikan tekanan kepada kaki. Jika perlu, pesakit boleh menggunakan tongkat supaya berat badan boleh diagihkan kepada tongkat.

“Walaupun sudah berumur lanjut dan mengalami sakit lutut, kita masih perlu dan boleh bersenam, tetapi pilih senaman yang sesuai dengan umur serta keupayaan masing–masing.

“Sebagai langkah pencegahan di kalangan wanita, elak memakai kasut bertumit tinggi melebihi dua inci (lima sentimeter),” katanya.

JENIS KECEDERAAN LUTUT

# Bengkak pada kepala lutut (kanak-kanak dan remaja)
# Chrondromalacia (kepala lutut teralih ke tepi pada wanita)
# Bengkak pada bahagian atas atau bawah lutut (wanita)
# Ligamen krusiat hadapan (ligamen koyak pada wanita dan lelaki)
# Ligamen krusiat belakang (biasanya berlaku pada penunggang motosikal)
# Osteoarthritis (berlaku pada orang tua)

Rawatan

# Pengambilan ubat
# Latihan fisioterapi
# Pembedahan

Amalan senaman bagi orang tua

# Pilih senaman ringan (berjalan, berbasikal, bermain golf atau berenang)
# Pakai kasut bertapak tebal dan kuat cengkaman
# Buat gerakan, walaupun sakit lutut

Punca kecederaan lutut (ACL)

# Menukar posisi badan secara mengejut ketika bersukan
# Terpijak lopak
# Jatuh dalam kedudukan berbahaya
# Melakukan larian pintasan (berlari dengan laju dan menukar arah secara tiba-tiba)
# Memusingkan badan ketika kaki terpasak pada tanah, lutut terpusing (ketika menendang bola)
# Dijatuhkan secara kasar
Health: Articles written for health.