Followers

Monday, June 29, 2009

12 kali cinta..WOW!!

12 Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang...

12:
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.
Syyyssssss!!! senyap le sikit uols, jgn baca kuat2..mamat ni tgh tido..kang terjaga lak dia..dia tgh mimpi jumpa mak cik dia tu..hehe

11:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.
Napelah pompuan ni jln slow sgt..aku dah tak tahan nak terkucil ni..eeee nasib baik lah si ND tu nak posekan pic aku ni kat dlm blog dia..kalau ikutkan hati, jgn harap aku nak jln sebelah pompuan ni..hehe jgn marah eak bang ND..daa...
10:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.
Jauh tul lah kita sekarang ni, rindu lak kat si dia.. (siapa si dia tu..? argghh ada aku kesah)
9:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.
Ye lah ND, mak cik pun tersenyum bila dengar suara boyfriend mak cik tido tu..bukan suara apa, suara dengkor dia tu..kuat sgt..apa pun thanks ND jadikan mak cik dan dia model terhangat nd eak..esok2 jgn lupa amik kami lagi jadi model eak..da da sysssstt! jgn bising2 tau..bf mak cik tgh tido tu...hehe
8:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...
A'ah la kan abg ND, saya pun tak nampak dah org lain, saya cuma nampak abg ND je skrg ni..hehe sori ye abg ND..tersuka lak kat abg ND bila baca blog ni..huhu
6:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5:
Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.
Aik! muka pak cik pun kau pose kan jugak kat blog kau ni ND...sampai hati kau ND tak letakkan pic pak cik dari dulu lagi..kalau tak dah ramai pak cik dapat kenalan..(nak jugak tompang kegelemoran si ND ni..tp Glemour ke ND tu? )
4:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.
Alomak! yo lah ND..mcm mana kami ni bole tak perasan eak..yo lah..
1:
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.

BUATLAH HAJAT KAMU SEKARANG. KAMU TAU APA YANG KAMU PALING INGINKAN.....


*****

HAMPIR.....!

*****

Poskan mesej ini kepada semua kawan anda dengan tajuk: 12 CARA UNTUK MENGETAHUI KAMU MENCINTAI SESEORANG

*...Dan sesuatu yang baik akan berlaku malam ini....

*Sekiranya tidak, kamu akan menyesalinya....(hehe..yo yo je lah aku ni..apa pun aku copy text ni dari page myspace si vivi..emm ada lah sorg kwn dia yg post kat dia n then menarik je ndf tgk terus nd copy..hehe..selamat berangan uols..)

Thursday, June 25, 2009

Pelamin angan ku musnah tajuknyer..

Ni adalah sesi ulang tayang semula ya, di antara ND dan Nazirah..waktu persandingannya di Shah Alam..

Salam..

Sehari lepas turun dari kapal actually ND telah berada di beberapa majlis perkahwinan. Satu di Holyday Vila Subang, haa yg ni just dtg utk menyerikan lagi majlis tu..just mcm jemputan gitu lah..haha (dijemput ke) then dlm waktu yg sama jugak ND ke majlis persandingan Nazierah..emm sapa lagi kan uols, dj sensasi Suria Pagi KL tu lah kan..(jap jap jap, sensasi ker? emm tak pe lah just nak bg up kat dia org). Sempat lah jugak ND posing mana yg patut dan hasilnya kat bawah ni lah pin ND bersama mempelai. Thanks to Nazierah eak..mmg majlis uols meletop..sib baik jer pelamin tu bertahan kan..emmm uols berdua mmg Bole Jual Lah!..
Bagai pinang di belah2 uols.mereka mmg serasshi bersama..paduan dua jiwa maka terbina lah istana cinta antara mereka..moga ceritera cinta mereka kekal ke alam syurga..amin.

Apa pun, majlis persandingan Nik Aidawaty di Kelantan ND tak dapat jo-in..ye lah kan, baru je landing dan nak ke Kelantan..gigih tu namanyer..so Nik pun faham cuma dapat giv a short sms to her n wish happy birthday..ops! Happy Raja Sehari..emm mmg meletop gak lah kan katanyer persandingan dia org tu kat sana..mana tak nyer..laki Nik ni lak muka nyer pun meletop..sah2 lah ramai yang makan hati..
Ni pose Nik waktu persandingan dia kat Kelantan tu uols..emm pic suaminye yg tercinta tak dapat nak di tayangkan kat sini sebab atas sebab2 tertentu..(matilah ND kalau di tayangkan kat sini..nanti ramai yg makan hati tgk pic laki Nik..)

Apa pun buat kalian semua (Nik Aida dan Nazirah) semoga akan terus melayai alam perkahwinan dgn penuh kebahagiaan dan kesejahteraan yer..jgn gaduh2, jgn nakal2 ..hehe all the best 2 uols..
Nd lak bila nak kawin? (Soalan maut ni namanyer)..ewww ni pic aku ker..nape botak lagi...???

Tuesday, June 23, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa...

Pose bersama warga kerja Gading2U sblm pulang berlatar belakangkan pemandangan indah di Tiara Beach Resort..

Salam..

Dua hari sudah ND ke PD..emm mcm mana biasa kat sana kalau tak ber'santai' tak pun saja2.. tp ND ke sana atas urusan kerja, maklum lah kan nak cari makan.

Pe pun nak ucapkan ribuan terima kasih kepada warga kerja NIOSH, Gading2U dan Tiara Beach Resort kerana memberi laluan utk ND membuat pasaran di sana ya.

Emm dalam pada tu sempat jugak lah ND pose mana yang patut kan..hehe utk kalian semua eak..ND paparkan juga pic2 esklusif ini..hehe (esklusif ker??)
Di tgh kepanasan sebelum berangkat pulang ke tanah air tercinta "Shah Alam" =D

Pose atas pentas, kat sini lah tempat ND melahar..apa pun warga NIOSH memang spoting..enjoy sgt dgn dia org masa ni..

ND just teringat akan cerita dari salah seorang rakan ND yg turut serta dlm EDISI PD kali ni..emm maklum lah dalam pada keletihan membuat kerja tu, sempat gak dia ni wat lawak..haha..sampai laa ni ND tak bole tahan, asal ingat jer terus ketawa berdekah2..hehe ..tp kalau korang tak ketawa baca cerita ni, tu bukan masalah ND lah kan..may b ND tak pandai nak ceritakan kembali or mmg cerita ni bukan lawak pun bagi korang..ND jer yg syok sendiri..hehe pe pun..korang baca je lah eak..

Kwn ND ni namanyer Wan Suwaipah (bukan nama sebenar) bagi tahu yg dulu masa dia baru abis belajar kat Mesir, dia gan kwn nyer nak balik Msia, dlm perjalanan balik tu kat dlm kapal terbang...mereka duduk bersebelahan. May be bila dlm kapal terbang tu dia kena lah jaga keterampilannyer n gaya bahasanye tu.. (Walaupun). Dek kerana haus tekak n perjalanan yg jauh lagi nak sampai kat kl tu, kwn nyer tu pun memanggil salah sorg strwrds MAS tu..

" Hello miss, can u give me a nuklear water pls?"

Member ND tu gan pramugari tu terus berpandangan sesama sendiri dan terus ketawa berdekah2 uols..hahaha. Actualy kwn dia tu nak mintak air mineral water..tp dek kerana terlalu english la kata kan..emm jadi lah Nuklear water..
Cantik tak kawan ND ni?..emmm saja je pose kan kat sini utk tontonan uols..hehe.

Haa yg tu satu, ni lagi satu cerita kisah kawan ND,nama dia Rokiah (bukan nama sebenar) pompuan lah kan.satu hari hujan turun lebat, kerana tidak ada payung..mereka terpaksa redah jer hujan lebat tu. Emm kawan ND ni pakai lah Celak di mata dia tu dgn eyeliner..tp kira yang very the mahal lah kan..tp kwn nd yg sorg lagi tu nama dia Maimon (juga bukan nama sebenar) pakai gak celak kat mata dia..tp very the murah..cian..korang tahu tak apa si Maimon tanya kat kwn nd si Rokiah tu..
Ni lah Rokiah uols .. kawan ND tu..cantik kan? =D

"Kiah, Cantik mata kau kan, celak kat mata kau tu tak luntur pun..jealous aku tgk kau..kau pakai celak yang waterfall eak Kiah?"

ini namanyer bila mata di solek dengan menggunakan alat makeup yg waterproof...

haa yg ni baru waterfall yer..hehe

Uols...kalau kalis air kita panggil apa uols...Waterfall ke waterproof? Hwa3x..

So pengajaran dari cerita ni, jgn la kita berlagak kalau kita tak pndai or tak reti nak cakap english..baik kita gunakan bahasa ibunda kita sendiri dari pada memalukan diri kita sendiri..haha...

Friday, June 19, 2009

Kuatnyer dia ni berleter....eeeewww tolong lah!

Di kala kita sendiri, tiada siapa yang sudi menemani..mungkin itu lumrah dunia..org akan cari kita time kita happy..time kita nangis..tak siapa yang peduli..oh tidak...(ada aku kesah kau sendiri ke tak...cak cak cak cak cak cak cak!!)

Salam..

Yes..ND tahu..tak yah nak bg tahu..mmg ND rindu pada korang..lama tak update page@blog ni kan..emmm mcm tu lah kan..kadang2 kita perlukan ruang utk kita mencari apa itu sepi/sunyi/single/solo/kosong/sorang/ dan mcm2 lagi lah..apa pun kita akan dapat sst darinya jikalau kita tahu mcm mana nak mengisi kekosongan itu/kesepian itu/kesunyian itu dan mcm2 lagi lah..apa yg penting ialah kita FOKUS/yakin/redha/tawakal/ikhlas/pasrah/usaha/berusaha..pasti impaknya akan kita perolehi..emm korang faham ke tak faham..itu belakang cerita..yg ND nak cerita ni adalah perkongsian cerita setelah lama tak bercerita gan korang. Ok kali ni ND nak ceritakan pasal org suka sgt berleter ni..ha korang kena baca citer ni..mmg la pjg..tp korang relax..n baca k..heheh jom..! Eh tp sblm tu korang tgk la pic2 terkini dari ND..haha

Ni yg terbaru la kiranya..haha rambut dah mula tumbuh manja2 gitu..hehe
Gan Nia masa pas konti..haha..masa ni konti Nadi Kota KL last saturday..haha
Gan Ejal n Tasha, hehe ada sapa2 yg berminat ke kat dia org ni..masing2 stil single.. + yang tulis blog ni..hahaha..haaa mari2 mari2..lelong lelong lelong! hehe

Ok lah, jom kita baca kisah ni :

Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira
masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami.

"Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq".

"Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni".

"Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam".
"Itu saja ke haji?"

"Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari."

"Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana".

Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.

"Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni."
Olah kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi.

Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni".

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke rumah.

Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.

Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad.

"Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?".

"Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang.. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba . Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang
tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la."

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas.

Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.

Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini aku ni?"

Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.
"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!"
Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah".

"Mak cik taubat ND, mak cik terkedu lepas baca artikel ni..mana lah ND dapat citer mcm ni..terus mak cik nangis..terkenang arwah pak cik kau yg dah setaun tak ada..may be dia ninggal dulu sebab mak cik asik membebel je kot..oh tidaks!"


Hah? moral of the story? jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau!! :p

Woit ND, pandai2 je ko kata aku ni jembalang..aku ni pose model utk pelakon Jangan Tenung2 okay...uols jgn takut kat mak ok...eeeeheeeeeeheeeeeeehhheeeeeee...!!!!!!!


So, korang ni kaki berleter ke? hehe

Tuesday, June 16, 2009

i'm so sorry...


Salam..

Buat semua kenalan yang menggenali..mohon maaf ya kalau anda merupakan diantara rakan2 ND yang menghantar kiriman sms ke hp nd namun tidak dibalas. ND harap anda faham kerana apa ye..bukan tak nak balas..tp maxis tak mahu ND membazir..so dia potong dah line ND buat sementara waktu.

So, kepada anda, harap lah bersabar ye..hanya sedikit waktu saja ND perlukan utk ruang waktu ini, buat masa ni...berilah ruang utk ND bermuhasabah kan diri ND serta mencari ketenangan..TQ so much to all my close Friend..Love uols..wassalam.

..:: ND ::..

Monday, June 15, 2009

Lagu Tema Minggu ni....huhu (motif???)

Aku masih lagi setia di sini, mengharap kasihmu, walaupun seribu tahun lagi...


Setia Kasih

Sekali air sungai melimpah
Sekali pasirnya pun berubah
Itulah falsafah... yang jadi ikutan...
Dan juga bualan

Tapi bagiku pula berbeza
Sungai mengalir tetap berliku
Yang berubah cuma... adalah pasir saja...
Penghujungnya muara

( korus )
Hati ingin berbicara
Hati ingin merasai... nikmat cinta
Yang sering diperkata
Tetapi sebaliknya
Tiada Terlaksana

Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminya

Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan... jasad atau pun nyawa...
Aku tetap setia..

"Muka iras2 kekasih lama..waduh2..ko ni jiwang tul lah ND, sanggup kau gunakan pic aku ni jadi model ko eak..wey ND ni pic kak Haleeda masa doulu-dolu la..mana ko cilok ni? " -Haleeda (maaf kak, ND nak jugak tompang glemour..hehe)

Saturday, June 13, 2009

Petang itu aku sendiri lagi.

Petang2 bila tak ada keja, ND suka dok kat bangku ni sambil tgk air tasik kat belakang umah ND tu..hehe (berangan sgt la kan umah ada tasik..longkang ada lah..hehe)..emmm korang perasan kan kepala mamat tu botak..haa tu lah ND.. ;)
Salam..
Emm well..actually ND tgh lonely sgt2 ni...tak tahu lah nape..may b cos mak ND balik JB..so tinggal lah ND songsorang kat umah ni...emmm btw byk keja nak kena buat...tp memandangkan tak ada org yg selalunye menegur ND..so ND just wat tak tahu je la..(eee mana motivasi aku ni, padahal baru balik tanah suci..hidayah tak kuat lagi kot..hehe..pengakuan ikhlas ni..bukan kah terus terang tu lebih baik dari meng'cover')

Awas 18SG-Emm cinta masa kecik2 uols, tak membawa kemana..ni pic ND masa kecik2..cari punya cari jumpa gak akhirnya..rupanya ada kat bawa tilam ND..hehe mati lah aku kalau mak tahu..larikk!!

Teringat gak kat kisah2 percintaan dolu2 kan..hehe tergelak sorg2 ND dibuatnye bila ingat2 balik masa tu..tahu tak korang yg ND sudah mula menanam perasaan cinta seawal umur 8 taun..huhu..masa tu minah tu mmg lah sgt2 cantik okay..tak bole lawan la gan Dato' CT or Madonna ker tu kan..well tp tu dulu..entah2 dia tu pun dah beranak pinak..hehe (siapa la agaknye jejaka yg telah merampas cintaku itu dari ku..malang sungguh dia..hehe)

Madonna ketika dia buat show kat sekolah ND dulu..sempat gak dia bagi pic ni melalui kiriman MMS..emm korang jgn jealous lak eak...kami mmg rapat ketika kecik2 dulu..sbb rumah kami sebelah2 jer..hehe (verangan)

Pose siti buat jejaka idamannya..siapa lagi kalau bukan ND..hahaha (ampun Datok K)
Well, dlm pada tu, ND teringat lak cerita dolu-dolu lah kan..teringat kat lagu Penawar Rindu by Orkid Abdullah..Sayang Musalmah by Dato SM Salim..Hati Seorang kekasih by Noorkumalasari(wah..semua lagu2 lama ni..very the jiwang si ND ni tau haha..lantak la korang nak kata apa..yg penting lagu2 tu mmg bole jual hehe)
Then, bila dah terkenang2 tu mula lah mulut tu menyanyikan lagu2 mengikut rentak dan gaya bahasa ibunda ND ni..jadilah dia lagu rojak namanya sbb lupa lirik kan..haha (yg penting aku happy..emm happy ke??)

Dalam pada tu dok berangan sorg2 tu lak kan..teringat pulak ND yg umah belum kemas lagi..adus!..ni lah akibatnya kalau kuat berangan..emm ok lah..perut pun dah lapar..kita makan dulu..lalala..bole Jual Lah! (motif gan Bole Jual Ni? lagu ko laku ke ND..hehe-sempat berangan lagi)

Moral : Jgn suka berangan dan lengah2 kan masa..nanti diri sendiri yg binasa..bole gitu pesan kat org lain, tp diri sendiri tak terpesan..ND ND...

Friday, June 12, 2009

Nadi Kota KL 13 Jun 2009 -sabtu-

salam..

Terima kasih ini khas ND tujukan kepada semua yang melayari bersama ND kat Face Book dan juga kat Myspace..jua di YM ND dinshahalam tu ..emmm korang mmg spoting..kepada yang telah mencalonkan lagu2 anda utk lagu2 pilihan popular tu nanti..nantikan saja ya bermula jam 3-4 ptg..selama 1 jam eak..pas tu kita sambung lagi dalam nadi kota kl 4-5pm..emmm korang jugak bole hantarkan msg melalui kiriman sms dgn hanya menaip KLFM><msg anda>32728, yang nak kol terus konti nombornya 03-2282 5445

Jadi apa tunggu lagi terus dengar radio malaysia klfm 97.2 rentak interaktif kota bersama ND esok ya 2-5 petang pastinya BOLEH JUAL LAH!!!

Thursday, June 11, 2009

Arghhh malunyer aku.. ;P

Awas kepada semua pemandu2 kereta, jgn pandu laju ye..nanti anda yg malu sendiri atau anda dimalukan oleh kereta anda sendiri..pandu cermat jiwa selamat!

Salam semua..

Emmm..pg2 ni aku dah malu sendiri..
Masuk je faderal highway terus ND memecutkan kereta utk ke tempat kerja..emm biasa lah ari khamis ni kan, org2 keja gomen mcm ND ni akan pakai baju Batiks..and Batiks kita org ni lak mmg batik koprat..so semua pakai baju yg sama..tp apa sal lah ari ni ND lupa..bukan lupa pakai, tp lupa kalau2 org2 yg pakai baju yg sama tu adalah org2 PKNS gaks..
Ni lah model2 ND tuk pagi ni, thanks eak cos sudi jadi Model bagi baju2 batik ND pagi ni..ye la kot2 ada yg tak tau lagi baju batiks tu apa..hehe (tetap nak melezer kan)

Dan yang memalukan ND sendiri tu, tadi masa nak pecutkan kereta tu, ND cuba lah memotong sebuah kereta Hyunai yg besar skit tu ala2 abg kepada kereta ND getz tu..and then ND ingat pemandu nye itu adalah kakak yg kerja kat opis ND sebab dia biasa pakai kereta tu n color kereta yg sama lak tu..so ND siap lambai2 lah kat dia..siap angkat tangan gaya ala2 diva gitu..selalunya kalau kami bertembung kat opis ke or kat atas jln raya kami akanlakukan perkara yg sama..tp pagi tadi, ND tgk pemandu tu buat deekk je..wat cam tak tahu n tak ada respon langsung kat lambaian maut ND tu..emm ND pun buat deek je lah n terus berlalu..lepas tol batu 3 tu jarak kereta ND gan dia agak dekat gak lah..dan lepas smart tag ND bunyi tet! tet! tu baru lah ND perasan no flat kereta akak tu dan orgnye pun bukan spt yg ND jangkakan..arghhhh!!! pas tu terus ND pecutkan lagi kereta n cuba utk tidak berada dlm jarak yg dekat...(malunyer aku cos akak tu bukan akak yg satu tmpt keja gan ND) padan lah dia buat deeekkk jer...ya ampun pagi2 lagi aku dah kena malu gan akak kereta hyundai yg ala2 abg kepada keta aku tu..ampun kak, ND tgh malu lagi ni..
Ya Allah, kau ampunkan lah abg ND ku ini, dia dah ter"malu' pagi ni gan kakak kereta Hyundai ala2 abg kereta dia tu..amin ya robbala'lamin.

Moral of the story, lain kali kalau nak angkat tgn ala2 diva tu, tgk2 la eak kepada siapa kita nak lambai n siapa org nye..jgn main hentam jer..kang nanti dah malu sendiri..huhu..boleh jual lah!
Tiba2 je pose kan pic ni..motiff!!!

Tuesday, June 9, 2009

R I N D U



Rindu
by Hijjaz

Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

Ya, terkadang kita rasa rindu, rindu pada Ibu Bapa, Keluarga, teman, kekasih dan org2 yang selalu kita dampingi namun jauh dari kita...tahukah anda yang kita harus merindukan kepada Nabi Junjungan kita iaitu Rasullah dan yg paling utama ialah pada ALLAH...agar segala kerinduan kita itu akan lebih bermakna dan diberkati...ayoh kita mulakan kerinduan itu bermula dari saat ini...

Salam semua, thanks eak sudi lagi bersantai di ruangan blog ND ni, jua sudi membaca bicara sepi ini walaupun hanya di ruangan internet ini..itu sudah dinamakan silaturahim namanya walaupun kita tak bersua, tak bertentang mata dan tanpa suara. Apa pun, ND nak kongsikan sedikit dari berjuta luahan rasa serta cerita yang mungkin boleh dijadikan iktibar serta panduan buat anda semua yang berhajat utk ke Tanah Suci Makkah.

Ceritanya berkenaan dengan kisah mata, hati, mulut dan perbuatan kita. Memang benar akan cerita2 yang ND dengar sblm ni, sblm ND ke sana..ingatkan ianya hanyalah sekadar menakut2kan saja tp bila dah berada di sana dan merasainya sendiri barulah ND sedar yg cerita mereka bukan lah sekadar bercerita.

1st pasal ilang kasut, ND sendiri hilang selipar jepun yg ND bawa ketika selesai solat di Masjidil Nabawi, sehari sebelum itu rakan ND hilang kasut dan terdetik dlm hati ND mengatakan pada nya "Haa tu lah, mulut celupar sangat, kan dah hilang kasut"..esoknya pulak ND yang hilang kasut. Bukan setakat itu saja, ketika ND balik ke hotel dengan berkaki ayam, rakan ND yang lain pulak mentertawakan ND bila dia nampak ND tak berselipar dan berkaki ayam saja balik dari masjid. Ke esokkan harinya pula, dia pulak yang pulang berkaki ayam.. SubhanaAllah..maha besar kuasa Tuhan..apa yang kita cakap, apa yang kita terdetik tu semua Allah akan hitungkan dan Tuhan balas terus. Jadi anda fikirlah kita di sini ya, walaupun Tuhan balas tidak secara terus, walau pun lama balsan itu, Tuhan akan tetap memberikan balasan atas segala yang kita fikirkan or katakan..renung2kan dan anda fikirkan ya.

2nd, Ketika berada dihadapan Kaabah, ND teringin sangan nak mencium Hajarul Aswad tu, tp memandangkan terlalulah ramai yg nak menciumnya, maka hasrat ND sebanyak 2 kali tu tak tercapai, namun kerana tidak putus asa dan terus mencuba buat kali ke 3, akhirnya Allah makbulkan juga tika tu, kalian nak tahu tak beberapa minit sebelum ND dapat mencium Hajarul Aswad tu, dlm hati ND memohon kepada Allah memudahkan ND mencium Hajarul Aswad tu dgn cara khusyuk dan fokus..tidak sapai 5 minit hajat ND tarmakbul. Syukur sgt tika tu dan wajah berseri2 sgt bila dah dapat cium batu syurga tu. Teru kali ke duanya utk mencubanya sekali lagi, ND berkata lagi dlm hati kepaa Allah yang ND kalau dapat cium Hajarul Aswad tu lagi kali ni, ND akan botakkan kepala..lantas serta merta saja Tuhan makbulkan selepas itu. SubhanaAllah, maha besar kuasa Tuhan...begitu lah kalau kita nak lakukan sesuatu tu biarlah dengan niat dan fokus yang khyusuk kepada NYA, insya ALlah DIA akan makbulkan.

Cukup setakat ini dulu yg dapat ND kongsikan kepada kalian. semoga kalian mendapat sedikit dari berjuta2 kisah menarik ketika berada di sana..salam sayang dan salam rindu buat semua.
Amin.

Monday, June 8, 2009

Journey To Makkah

I respond to Your call and I am obedient to Your Orders.
When Prophet Ibrahim (peace be upon him), the intimate friend of Allah, was commanded all those years ago to proclaim the pilgrimage to Makkah, he did so in faith. Standing in what was little more than a barren, inhospitable desert, he called out for men and women to come on pilgrimage to the holy Ka`bah at Allah’s command. He was astonished at the response. From the north, south, east, and west, he heard voices calling out, "I respond to Your call, O Allah! I respond to Your call," and people began to come from all the corners of the earth in praise of Almighty Allah.

Salam..

As usual, thanks to those of u guy yg sudi terus melayari blog ND ni walaupun abt 2 weeks tak update. Also thanks to fan of Radio M'sia KLfm especially Shah, Mama, Kak Sal, Noreen, Lina Rock, Brother BOB, Ary, Boy, kak Adik, Z, IS, Yussof, Rul, Syarifah, Pn. Zainon, Tengku Shahizan, Dato' Lokman, Datin Zakieah, Cik Saadah, Cik Linda, Cik Ain and ramai lagi lah cos sudi mendengarkan ND brkonti last saturday ya.
All the praises and the blessings are for You. (Tika ni, baru saja selesai buat tawaf sunat, sempat lagi pose istimewa buat semua)

Well, ya I have just returned from performing `Umrah, last two week. This is my first time went to Mekkah and Madinah, and I share these thoughts with my family, friend, fan Muslim brothers and sisters to encourage their faith to Allah’s SWT.

B4 that, i would like to say tq so much to all of my friends, family especially to my Mother, Abg Lee, Kak Niah and Abg Nan. Emmm.. okay, just try to write down in english cos my friend from Jeddah will read it..by the way i would like to say welcome to my blog to Mr. Hussam Al-Qadri. So nice to know u bro..

Journey to Mekkah..But what can I say? How can I describe an experience so profound and so beautiful? Shall I say that it was the most blessed experience of my life? Shall I say that Almighty Allah touched my heart and gave me a feeling of peace I had not known before? Shall I describe the tears that flowed freely from my eyes, affirming my Muslim faith, as I walked around the holy Ka`bah with thousands of others, begging Allah’s blessings for myself and for those I love? Perhaps the best way is just to start at the beginning, and to allow Almighty Allah to use my poor words as He wants.
Jabarahmah, antara tempat yang paling afdhal kata org utk memohon kepada Allah bagi mereka yang belum dapat jodoh.

Preparing for any journey is, in many ways, almost as important as the journey itself. As I prepared for my journey to Makkah, my heart already began to stir at the enormity of what I was about to do. I had read all the books and consulted all the manuals so that my `Umrah, in sha’ Allah, would be accepted. I learned the prayers in Arabic that I would need to say at different parts of the pilgrimage.

Melihat Kaabah dari tingkat atas, terasa kerdilnya diri ini..sesungguhnya ku amat bersyukur dgn keagongan MU ya ILAHI..Subbhana-Allah..

Good Muslim brothers had told me not to worry too much about all this, because it would be my heart that would speak when I reached the holy Ka`bah. (Hanya Allah saja yang tahu tika dan saat ni ketika ND berhadapan dengan Kaabah). I know that Almighty Allah has placed within the heart of every Muslim a deep longing to visit Makkah, to return home to where we belong, to that first house built on Earth in worship of Allah. Enough i think 4 2day..will write back soon may be. So see u ya..hav a nice day.

Wajah terbaru ND..sebenarnya ada kisah menarik disebalik ND botakkan kepala ni..tunggu ceritanya nanti eak..

-ND