Followers

Thursday, May 21, 2009

Kadangkala berdiam lebih baik dari berkata.

Copy n paste from ur page..sorry..i really love this baby..i love u b..

Kadangkala kita tak sedar yg diri kita diperhatikan..

Kadang kala juga kita alpa yg diri kita lupa diri..

Kadang kala juga kita leka bahawa masa itu berlalu begitu saja..

Kadang2 kita terbiasa dengan aturan hidup kita..

Kadang kala juga kita terpaksa akur dgn kehendak dan ketentuannya..

Teman, andainya aku pergi dulu sebelummu..ku pohon sejuta kemaafan yg tulus ikhlas dari hatiku..halalkan makan dan minum, maafkan salah dan silapku yg dulu, kina dan yg kau ingati mahu pun tidak..semenjak kita kenal hingga lah kini..sesungguhnya, yg terbaik itu dari ALLAH dan yang hina itu jua dari diri kita sendiri.
Doakan kebahagiaan ku disana ya..amin.

p/s: Buat A, fikirkan yg terbaik buat kita.

Wednesday, May 20, 2009

Diari ND Edisi 20 Mei 09

Salam, ya ari ni telah menemukan aku gan 2 org jejaka ensem yg tak berapa ensem tu gan nd, kami sempat lunch together2 n dia org yg belanja (thanks kat anak pak Omar n abg hezry). Lama tak berjumpa kiranya byk gak lah cerita yang dikongsikan bersama..dari hal dalam dan luar negara..begitulah kami...begitu prihatin gan dunia semasa sehinggakan masa begitu mencemburui kami..petemuan berakhir dgn lambaian terakhir nd kepada mereka dgn ungkapan kata "daaa...!!" hehe..thanks again n again to uols..
Ni roti canai yg belom sempat dibanjirkan..haha, kuahnye pon dah naik kering..pe pe pon, makan ptg2 lepas keja mmg best..

Sblm sampai rumah ptg tu, sempat jugak makan roti canai banjir kat PJ gan Ajak, seorang lagi rakan yg cukup2 memahami nd, dia lah rakan baik yang dah nd anggap sebagai abg nd, terlalu byk membantu ND dalam suka dan duka..kiranya mcm bank bergerak nd la kalau time susah2 ni..thanks AJAK..kau byk memahami aku, begitu juga isterimu Cikgu Rafeah serta anak2 mu..Ya Allah, kau lindungilah dirinya dan keluarganya agar mereka di dalam kesejahteraan sentiasa hendaknya..amin. kemudian ND sempat gak cuci kereta yang bole dikatakan murah sebab cuma RM8 hengget saja..(Kalau kat tmpt lain dah kena byr RM10 hengget..kira murahlah kan..emmm lantak korang lah kalau nak kata aku ni berkira..ye lah beza 2 hengget uols..mana tak murah..zaman sekarang nak cari tmpt yg murah mana ada, semuanya cekik darah..tak gitu?) yang penting kereta ku bersinar2 mcm berlian..hahaha..bole jual lah..!! jangan kena jual keta aku udah ler..hehe..
Emm, klau dulu selalu lah ND cuci kereta sendiri..laa ni tak cukup masa uols..hehe

Pulang kerumah td pula disambut dgn senyuman Bonda tercinta..selepas solat dan tika menonton buletin utama n kejap2 tukar ke tv 1 dan 2 serta Mcm2 Aznil tu sempat la Mak Nd bercerita sambil meluahkan pasal tangki air bilik air yg makin uzur n plaq elektik yg da rosak..rupa2nya kesimpulan dari perbualan kami tu Mak ND nak ajak kua p kedai beli brg2 utk diperbaiki.. (Dlm hati sempat berkata, reti ke haku ni nak perbaiki tu semua) hehehe..last2 kami pun keluar rumah dgn ND sempat gak lah berdressing sakan..ala2 kanak tadika..hehehe..manja sungguh tka tu gan mama..hehe..Mak ND nak tak nak layan je lah kerenah nd ni yg ke adik2kan gitu..hahaha thanks Mak..
Ibuku menyambut tiap kali ku pulang dengan senyuman yang begitu berseri2...(Mak, ampunkan ND mak, ni lawak saja..pepun mak tetap spoting kan..Bole Jual Lah Mak..)

Lepas beli beberapa juadah peralatan dapur utk diperbaiki tu, nd pun masuk keta.."Makan sate pun best gak kan Dik?" ala cian lak dengar kata2 tu keluar dari mulut mak ND, actually dah lama gak kami tak kua sama n ND bawak Mak ND kua jauh2 or makan kat luar..so last2 ND amik keputusan utk p makan sate kat Awan Besar tu yg ada sate kajang..emm tentu korang tahu kan kat mana..
"Bang! Sate Kajang i mana?"
"Dik, ko nak pose, pose lah dulu eak, mak dah lapar ni, mak makan dulu. Yang penting ko ingat ko tu cantik sangat ker?"
Menu ND tetap Sate Ayam gan Daging bersama Nescafe O..Bole Jual Lah!

Lepas selesai solat Isyak tu..dlm hati rasa sungguh seronok lak dapat kua sesekali bawak mak Nd ni..sungguh terharu sgt2 pun ada gak cos dapat girangkan hatinya yg kira dah macam 24jam dok kat umah..ye la kan ..dia tak reti nak drive keta..apa tah lagi nak kua p mana2..cuma harapkan anaknya utk bawak dia kua..emm kesimpulannya..(Haa Nd, kau tak reti2 lagi ke nak bawak mak kau tu p jln2 lagi time ko free..ni tak, asik nak keja je 24 jam..ingat..selagi dia org ada tu..baik ko hiburkan hatinya sesekali..tak gitu ND?).

Wassalam.

ND-cc Sec8 shah Alam : 20 Mei 2009 jam 11.30pm.

p/s: Thanks to A cos memahami ya..x muh sedih2 n pk lain..i love my mum so much..n i love my self so much..n i love u too..wah..nak jugak ni..hehehe gud nite..

Story dari dalam keretapi...

Asalammualaikum...(wah baiknye aku hari ni, siap bagi salam full ni..)

Hai..ahlanwahshahlan uols..hehehe tetap nak jugak uols ni..btw..pagi ni ND agak bersemangat sikit..ye lah, da beberapa hari ni asyik di kejutkan oleh org yg istimewa..chewahh...bole gitu? apa2 je lah ND..(kau kan ada je story pasal cinta hangit lah, cinta panas lah, cinta sedih la..so layannnn!! hehehe)

Oh ya, pagi2 ni sampai opis je terus bukak email, agak lama gak lah tak bukak email ND yang satu ni..tak sangka lak si Puteri Adania ada send ND email n story ni..so tq so much Adania..emm dai ni cikgu ropanye..haa storynye mcm ni..korang baca eak..kalau tak lawak pun ko rang buat2 gelak lah..bagi sikit sokongan kat blog ND ni..haha so bole jual ke tak story ni korang lah yg nilaikannye...lets read guys...

Walaupun tarin ni tingkap tak bole bukak, korang bayangkanlah eak ala2 tingkap train tu terbukak..hahha
Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba . Sebelah aku pulak orang Bangladesh . Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.

Actually, muka mat saleh tu lebih kureng mcm ni lah..aku pun dah ingat2 lupa..hehe
Terkejutlah semua melihatkelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu menjawab "Don't worry, I got a lot of american dollar in my country".
Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang. .si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya .

"Aik, haku tgh pose mcm ni pun ko nak amik gak ke ND, hang p lah amik muka Cik Jan yg lebih ensem dari aku ni..yang ador la ko ni ND..pe pun ko mmg Bole Jual Lah!"

"Woit, akunyer cerut dah abis la..ko p la amik muka mat2 Cuba yang kaya dari aku tak leh ke ND?"
Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata American tadi... "Don't worry, i got a lot of cigar in my country".
"Pak Cik tak salah dik, pak cik cuma belum sempat nak pk apa2 lagi..tup2 pak cik dah kena campak keluar dari train, apa salah pak cik nak??"
Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah..., "DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

So...cam ner? bole jual ke dak story ni..???

Hehehe..hidup kita kenalah ada senyuman..kalau tak kelakar pun..korang buat2 lah senyum eak..kan nampak muda je kalau uols senyum..tak gitu?..lala...

Tuesday, May 19, 2009

Syurga Kita Letaknye di mana???


Salam, sekali lagi ND nak minta maaf kepada semua yang sempat baca blog ND smlm..emmm kat bawah ni lah yg ND dah update semalam kan, hahaha ramai yang komen very the pjg lebar ND tulis smlm..so sori dude..i will cut some of them..tp dah tak best la kan kalau di cut2..ala korang just baca je mana yg sempat..hehe..ha ari ni lak ND nak kongsikan cerita dari kisah seorang bayi yang berbicara dengan malaikat ketika di syurga...

But b4 dat, thanks kepada djNazirah yang wish kat ND, djHezry yang bagi second chance tuk ND siapkan kerja2 dia tu, Khas buat Kak Zah gak yg call n ask me 4 konti early day tomorow..emmm (maknanya haku kena berjaga lagi lah mlm ni sampai kul 3 pagi..huhu), tq to Ary gak..cos always msging n koling me...hahaha (u know what i mean right), thanks to all of my friend yg sempat send comment n msg kat MYSPACE ND kat www.myspace.com/djndklfm juga anda yang sudi jengok kat FACEBOOK ND di djndklfm@yahoo.com dan kepada mereka yang sempat YM gan ND di dinshahalam@yahoo.com. Terima kasih juga kepada pengunjung2 baru di blog ND ..thanks syam and te rest of u guys...

Ok, jom kita ikuti kisah ini semoga kita semua mendapat iktibar darinya ya..

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu
akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya
jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

"Sampaikan! lah walau satu ayat"

Apa yang ingin sgt ND kongsikan di sini adalah, tanpa mereka tiadalah kita di muka bumi Allah ini, hargai mereka selagi mereka ada dan sedekahkan ayat2 suci al-quran bagi mereka yang telah pergi meninggalkan kita terdahulu..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin.

Monday, May 18, 2009

Setulus Kasihmu Nan Abadi...

Ya Salam..

“ANDA AKAN MENJADI SEPERTI APA YANG ANDA FIKIRKAN, OLEH ITU, SENTIASALAH BERFIKIR UNTUK MENJADI YANG TERBAIK” –Hukamak.

Ni pic adik ND, skrg ni dia tinggal kat UK gan family angkat dia..emm dia selalu kirimkan pic2 mcm ni kat ND, kata dia..dia suka pose mcm ni sbb view ni je yg nampak dia kiut..view lain nampak burok..haha pa2 pun Camelia..i love u so much k..


Dua hari yg penuh gan xtvt..happy/sad/enjoy/fun/interesting/funny/tired n byk lagi bermain/berlegar2 dlm diary dua hari tu..mcm celebriti pun ada gak..mcm ustaz pun ada gak, mcm driver taxi pun ada gak, mcm lawyer pun ada gak..emm apa lagi..ha mcm org angau pun ada gak..hahaha..apa2 lah..yg penting aku bernyawa lagi, dapat hidup di muka bumi Allah ni, dapat tgk muka mak lagi, dapat pelok mak aku lagi..dapat rasai makanan yg mak masak lagi..dapat jumpa kawan2, dpt jalankan tugas2 aku lagi n mcm2 lagi lah..(Ya Allah begitu agongnya ciptaan MU, begitu indahnya ciptaan MU, begitu baharga dan bernilai ciptaan MU)

1st of all thanks kat semua yang telah bersama2 gan ND dlm Nadi Kota KL since ari Sabtu dan Ahad lepas. Emm dua hari berturut2 tu, naik jemu gak pada siapa2 yg dengar eak..pe pun thanks kat kwn2 di KLfm..Kepada Noreen welcomehome dear..hahaha Moshi! Moshi! Wah, balik2 sampai kl terus speaking Jepon ni..tau la hang baru balik dari sana..mesti ada sesuatu yg nak di kongsikan bersama..kalau tak, tak adalah dia so exciated nak kol ND..haha tunggu saja kan kakak..?

Teringat masa pic ni di ambil gan kakak Noreen ni, masa ni Noreen siap hantar ND ke Bus Stand kat seksyn 17 Shah Alam tu..thanks kakak, jasamu ku ingati..

So guys, ari ni ND nak share satu lagi cerita pasal kasih dan sayang ni, maklum je lah kan..bulan Mei ni bagi ND adalah bulan kasih dan sayang..ye lah, kasih kita kepada IBU kita, rakan2 belia kita, Sayang kita pada GURU2 kita..emm byk lagi hari2 yg kita sambut pada bulan ni..so apa kata korang baca cerita ni..jom..

Adik, tolong akak dik..ayah tu marah mcm nak makan kita jer..

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

Wajah ayah ketika itu..(cuba korang bayangkan berat badan ayah dia org berapa?)

"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah
tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"


Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun air mata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Ni actually muka ND time kecik2 tau, saja je paste kat sini tuk korang tatap..tomei kan? agaknye muka adik dia yang baik tu mcm ni lah kan dlm citer tu..

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Ni lah wajah kakak sebelum digrooming..

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah
dan ibu. "Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat..... "Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa
yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.

Nilah muka adik dia ketika datang jumpa kakak dia kat asrama masa tu..siap bawak budak2 kampung lain lagi..

Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik."Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Mereka menangis bagaikan kanak2 dalam pic ni..hesteria uols..hahaha..saja je tak nak bagi korang nangis sgt2 sbb ND dah menangis bila 1st time baca cerita ni..sedih kan? apa pendapat korang?


Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU..Guru Pembina Negara Bangsa

Pic ni di ambil dari salah seorang dari blogger..lihat alamat laman web tersebut di bawa pic ini.

Salam..


Kepada semua yang bergelar GURU, CIKGU, SIFU dan apa2 jualah nama panggilan anda asalkan anda bergelar GURU sekolah, ND ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Guru..juga kepada bekas2 GURU, sudah meninggalkan kerjaya GURU atau sebagainya..terima kasih GURU kerana mendidik kami..tanpamu kami tidak menjadi seperti ini.

Teringat lak kat pic bilik darjah ND masa sekolah rendah dulu..huhu..missed so much..

ND ingin dedikasikan ucapan khas ini buat sahabat2 KLfm ygn bergelar guru terutama
Kak Sal Bangi..may b itu saja yang ND kenali setakat ini...may b ada ramai lagi. Kepada rakan2 ND juga tidak dilupakan seperti Cikgu Rashid di Mahligai Seksyen 9,Shah Alam, Cikgu Ijal di Pahang, Cikgu Hamidah Alias di JB, Cikgu Salina juga di JB, Cikgu Amzari di Pulau Pinang yg bakal bergelar Raja Sehari 30 Mei ini, tak dilupakan juga kepada cikgu Adania atau Puteri Adania yg selalu menghantarkan kiriman email dan komen di myspace ND serta ramai lagi. Tidak dilupakan kepada guru2 ND di Sekolah Menengah Rendah Benut Pontian Johor (Kini bertukar menjadi S.M Seri Tanjung) dan juga cikgu2 di Sekolah Menengah Benut Pontian, Johor. Terima kasih kerana menjadi pendidik kepada anak bangsa..semoga usaha murnimu diberkati oleh NYA..amin.


Sedikit info sempena
HARI GURU pada 16 MEI 2009....
Masa sekolah rendah dulu ND agak baik lah..emmm hehehe nak tergelak pun ada gak kalau ingat2kan balik..sedih pun ada gak..x mau ingat ar..kang nangis...huhuTgk pic ni teringat kat rakan2 ND yg rata2nya dah berumah tangga..dulu masa kecik2 kami selalu main guli kat belakang sekolah, main kapal terbang kertas..getah tali, sepak yem dan byk lagi..missed korang ar...ni yang nak nangis ni...huuuuuu
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Apa lah yang budak2 ni tahu kan? Kadang2 bila tgk pic dia org ni..kita imbas kembali zaman kita kecil spt mereka..kita tak terfikir pun apa yg berlaku zaman kita sekarang..segalanya begitu pantas berlalu...tgk saja mereka ni..ND dulu kecik2 pun selalu buat aksi mcm adik kecik yg isap jari ni..hehe tomie kan.. (ND mmg tomei pun..perasan kejap)
Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO HARI GURU





Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara


Dah Mandi Ke Belum???


Salam..


Bersua kembali, salam hari Jumaat..penghulu segala hari..yes Slmt Hari Belia juga kepada semua..emm esok lak kita nak sambut Hari Guru, selamat Hari Guru buat semua yg menjadi Guru..teringat ND kepada lagu Kami Guru Malaysia..emmm terngiang2 di telinga ND sewaktu guru2 ND di Benut Pontian Johor ketika hari guru di raikan sewaktu itu..emmm apa kabar agaknya guru2 ND skrg ni..kpd Guru2 ND yg masih lagi mengenali ND ketika ini..I Love you So much..


Again, thanks to all of u guys yg sempat bersama ND awal pagi tadi dlm Hati Ke hati Bersama ND 12am-3am, ramai gak caller yg marah2 kan ND cos tak jawab kol..bukannya apa, mmg ND tak sempat uols..maklumlah, kat konti sorg2 tu...mana nak sempat nak angkat phone gan nak wat semua benda..apa pun, awal pagi tadi mmg cukup2 menceriakan ND, cuma closing je tak ok bagi ND cos ada sikit kecacatan bila lagu tak abis keudarakan then kena cut cos nak masukkan BERITA RINGKAS..hahaha (Padan Muka haku..) tq eak kat Bro. Bob, Mama, Lina Rock, AdySbgJaya, Mania, Puteri segala puteri, Putra2 semua dan ramai lah lagi, x sempat ND nak tulih nama korang kat sini..


Emmm, hari ni ND nak kongsikan cerita ttg faedah Mandi ni..so kepada mereka yang malas nak mandi tu or kepada mereka yg jarang mandi tu..heheh..apa kata korang baca ni..yg dok mandi selalu tu pun elok lah korang baca...jom...!


Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Seronoknye adik kita ni mandi..sori Dik, Abg ND terpaparkan gambar adik ni kat sini..glemour lah sikit kan.. ;)


Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Baby kita ni sempat pesan kat uols semua.."Pesanan ini utk abg2 dan kakak2 yang dah abis baca info ni":-

Tolong forwardkan e-mail ini.......kalau ramai org dpt baca artikel ni....lg bagus kan ? Byk saham kita kt akhirat esok, kalau kita sebar2kan ilmu dan ilmu tu pula merupakan ilmu yg bermanfaat.

Tidak ada ape yg dpt tolong kita diakhirat nanti melainkan 3 perkara :

1) anak yg soleh yg mendoakan kedua ibu bapanya.

2) sedekah amal jariah.

3) ilmu yg bermanfaat.

Thursday, May 14, 2009

Mencari Kawan Baik??

Salam, apa kabar semua untuk hari ini, thanks kerana sudi dan terus mengikuti perkembangan ND, walaupun ND kadang2 x dapat nak update blog ini secara detail. Apa pun thanks jugak kepada semua yg terlibat dalam Karoke Santai awal pagi tadi 14 Mei 2009 bermula jam 12 tgh malam hingga 3 pagi. Kepada Ashieddie, Lina Rock, Diana, Sarifuddin, Puteri Izan, Ady Subang Jaya, Ejal, Brother Bob dan ramai lagi lah...anda semua mmg menghiburkan..juga kepada mereka yang mengirimkan kiriman SMS eak..


Okay, ari ni ND nak kongsi satu lagi cerita tentang KAWAN ni..tentu kita ramai KAWAN kan..dan sudah tentu kita mencari kawan yg baik, kawan yang memahami dan juga kawan yg bole diajak berbincang dalam susah dan senang kita..so yok kita ikuti 46 kriteria KAWAN YANG BAIK.....

46 Kawan Baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Amin Yarabbil Alamin.


Wednesday, May 13, 2009

Engkaulah Suamiku


Salam...apa kabar semua.. (x jawab dosa uols..hehe)

Hari ini ND nak kongsikan satu cerita berkenaan kasih dan sayang jugak..ni 1 lagi kisah pasal suami dan isteri lah, bagi yg dah berkahwin tu..mmg sesuai di jadikan iktibar dan tauladan..bg yg lum kawin lak..alah, korang baca je citer ni..mudah2an dapat iktibar uols..jom kita baca kisah ni..

“ Aliyah, Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam
seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran
usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV,
sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang
menayangkan iklan Sunsilk,

Mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia
menghela nafas
panjang. Dia memandang sekali imbas wajah
Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi,
bangun lantas
menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.
Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk
tidur. Dahulu, semasa
puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan
suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja.
Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya
yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat
mengenali isterinya. Jodoh yang diatur
keluarga hampir 16tahun yang lepas
menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,
kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat
jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau
mampu untuk beri
makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman
sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia
berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup
bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah
Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu
memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara
lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di
rumah. Pagi-pagi, selesai solat Subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk
ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan
bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-
anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi
Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg.
Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang
sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah
bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu
sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang
menggilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah
selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak
dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun,
tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab,
dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara
yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu
bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain,
alamatnya perang dunia meletus lah
jawabnya.

Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-
dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Teringat dia kisah seorang tentera
yang disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup
diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang
tidak sempat dilangsungkan.

Dan dia, hanya dapat senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,"
terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta,"
masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?" "Takutlah Qis, silap
haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu
orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg
faham," Qistina mengalih pandangannya. Mahu
apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia
sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri
pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah.
Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati
kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah
dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak
mengetahui ke mana Qistina pergi.

Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar
Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan
dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra.
Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian
lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban
malam dia akan bersama
dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis
kuliah agama. Membaca AlQuran secara
bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun,
lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina
memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-
benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang
sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia
cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu.
Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih.
Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis
air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah
terjadi pada hari
itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti
biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya
seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon
madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox
hensetnya. "Qis
minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg
jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis
perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama
Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul
besar.


************ ********* ********* ********* *********
********* ********* **
Kepada:

Asraf Mukmin,
Suami tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna
cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka
perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga
redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.


Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah
jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini
Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia
memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak
nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang
mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah
sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret
ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan
dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu
untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang
pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi,
Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg
anya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah
pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah
berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita
sekeluarga singgah di sebuah restoran western
food, Abg muntahkan semua makanan western
food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut
selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la
pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah.
Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan
menjadi ibu pada
zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia
mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti
untuk menjadi imam dan imamah yang beriman.
Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan Abg...
Abg yang disayangi,

cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap
satu persatu,
Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini
penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat
membuat penilaian yang jauh lebih baik
memandangkan Abg mengenalinya lebih dari
Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan
berpoligami. Telah siap
Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket
penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg
di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini,
ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada
Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah
berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah
sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan
Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan
isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding
denganAliyah. .. Aliyah sayangkan Abg.

Jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang
hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran
Abg, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ
berdiri Aliyah
Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

'Keberanian yg paling benar adalah ketetapan pd hati yg pasti.....'- NAPOLEON BONARPARTE