Followers

Monday, January 16, 2012

kETAHUI INFO TENTANG RADANG SENDI..

Kian ramai golongan muda kena radang sendi

LEBIH ramai warga muda Singapura didapati menghidap penyakit artritis atau radang sendi, sejenis penyakit kronik.

Menurut satu tinjauan oleh Kementerian Kesihatan, 4.9 peratus remaja berusia antara 18 dengan 29 tahun didapati menghidap penyakit radang sendi pada 2007.

Ini berbanding dengan hanya 0.3 peratus remaja berusia 18 hingga 24 tahun, yang menghidap radang sendi pada 2001.

Sementara itu punca sebenar penyakit radang sendi belum diketahui.

Dua doktor Singapura percaya meningkatnya kesedaran tentang penyakit ini mendorong lebih ramai pesakit mendapatkan rawatan.

Selain itu, kadar kegemukan yang bertambah juga merupakan punca lebih ramai menghidap penyakit ini. Ini kerana berat badan yang bertambah meningkatkan tekanan kepada sendi-sendi.

Pendedahan ini telah dibuat dalam satu sidang media mengenai dapatan tinjauan tentang penyakit radang sendi seperti yang dilaporkan akhbar dwibahasa, Inggeris dan Mandarin, My Paper.

Seorang pakar reumatologi di sebuah klinik swasta, Dr Leong Keng Hong, berkata golongan remaja membentuk lebih daripada separuh pesakit yang ditemuinya setiap hari dan jumlah ini semakin meningkat.

'Ramai antara pesakit yang saya temui lambat mendapatkan rawatan kerana percaya bahawa hanya orang tua mendapat penyakit radang sendi,' ujar Dr Leong.

Laporan itu menunjukkan bahawa para doktor menganggarkan sekitar 60,000 orang menderita sakit radang sendi di sini.

Sedang penyakit osteoartritis lebih banyak menjejas golongan tua, mereka yang muda, terdedah kepada beberapa jenis penyakit radang sendi - terutama sekali artritis reumatoid (RA), yang mula menjejas pesakit pada usia 25 hingga 50 tahun.

RA adalah penyakit autoimun yang menyebabkan radang pada selaput sendi. Dr Leong menganggarkan, 60 peratus daripada pesakit artritis muda menghidap RA.

Menurut Konsultan Hospital Tan Tock Seng, Profesor Feng Pao Hsii, sehingga 60 peratus pesakit RA sedunia terpaksa berhenti kerja atau bersara awal kerana penyakit itu.

Pengesanan dan rawatan awal adalah penting. Mereka yang mengalami sakit dan bengkak pada sendi lebih daripada beberapa minggu dinasihatkan berjumpa doktor. Namun begitu, kos rawatan agak tinggi.

Prof Feng menganggarkan kos rawatan menggunakan ubat yang menggunakan kaedah kejuruteraan genetik lebih $2,000 sebulan.


Radang sendi - Kenali jenis-jenisnya

MENULIS, memegang gelas, tombol pintu, memandu, mandi, menyiapkan diri, berjalan, makan atau minum dan apa saja rutin harian yang melibatkan sendi sebenarnya sebahagian nikmat yang kurang kita hargai.

Nikmat ini hanya mungkin dirasai setelah kita `hilang upaya' untuk melakukan kesemua rutin ini dengan sempurna dan selesa.
Jika selama ini kita boleh melakukan segala-galanya dengan sendiri, tetapi alangkah sukarnya jika kita terpaksa bergantung kepada orang lain, hanya untuk melakukan perkara yang kita anggap terlalu kecil dan remeh.
Bayangkan, kita terpaksa menunggu orang lain memegang tombol pintu, membutangkan baju atau hanya mampu melihat orang lain menggunakan sudu dan garfu dan sebagainya.Kesemua ini, mungkin terpaksa ditempuhi setelah kita disahkan menghidap penyakit radang sendi.Radang sendi atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai artritis juga disebut sebagai at-rai-tis, meliputi aspek luas pelbagai penyakit sendi.Berita buruknya berhubung penyakit kronik yang menyebabkan rasa sakit, hilang pergerakan dan ada kalanya pembengkakan pada sendi tubuh yang terlibat, sebahagian besar penghidapnya terdiri daripada wanita.
Tersenarai sebagai penyakit kedua selepas penyakit jantung yang mengakibatkan ketidakupayaan bekerja, ia mengehadkan pergerakan penghidapnya.
``Selain itu, rasa sakit yang teramat sangat merupakan gejala yang paling mengganggu kehidupan penghidap radang sendi,'' kata Presiden Yayasan Artritis Malaysia dan Ketua Jabatan Unit Reumatologi, Jabatan Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), Prof. Madya Dr. Chow Sook Khuan.
Sehubungan itu, sementara menunggu rawatan spesifik yang lebih berkesan, melegakan kesakitan salah satu cara meningkatkan kualiti hidup pesakit.Ini termasuklah ubat-ubat pelega dan ubat antiradang yang steroid.Sook Khuan menjelaskan, selain ubat-ubatan, fisioterapi dan terapi cara kerja turut memainkan peranan.
``Senaman dipercayai dapat membantu ketegangan sendi, mengekalkan pergerakan sendi, mengurangkan kecacatan sendi sekali gus meningkatkan tahap kesihatan sendi,'' ujarnya.Di negara ini, radang sendi merupakan penyakit yang biasa ditemui di mana puncanya disebabkan oleh pelbagai faktor.Diet, katanya, tidak menyebabkan artritis, tetapi pengambilan minuman keras secara berlebihan dan makanan yang tinggi kandungan purina boleh menyebabkan serangan gout kepada mereka yang menghidap penyakit ini.Mengulas sejauh manakah faktor keturunan boleh mengakibatkan penyakit ini, hanya penyakit osteoartritis, artritis reumatoid dan gout saja diwarisi.Sekalipun terdapat lebih 100 jenis radang sendi, terdapat lima yang paling ramai penghidapnya iaitu:

- Osteoartritis

- Artritis reumatoid

- Gout
- Artritis septik
- Sistemic Lupus Erythematosus.

Thursday, January 12, 2012

Andai Dia bukan untuk ku....

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

... Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen.

p/s: special thanks to Mis
Aisya Ilyana Baharudin
Facebook
http://facebook.com/naelah.alfarafisyah

Thursday, January 5, 2012

PETUA UNTUK MURAH REZEKI DAN DIJAUHKAN KESULITAN

Happy New Year dan Salam 1Malaysia,

Wah, agak lama juga ND tak update Blog ya.. BTW, hari ni mcm terpanggil utk menghadiahkan sst buat pembaca setia Blog ND. Mungkin juga bukan utk hari ini saja, malah setiap hari ND akan cuba update Blog ini jika berkesempatan ya.

Apa pun, masih belum terlewat utk ND mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 utk semua. Semoga kekalahan kita di tahun lepas dapat kita elakkan pada tahun ini dan Kemenangan akan tercapat di tahun 2012 ini. Amin.

Sedikit perkongsian yang ND nak kongsikan bersama2 kalian hari ini adalah berkenaan
PETUA UNTUK MURAH REZEKI DAN DIJAUHKAN KESULITAN. Mudah2an, apa yang kita kongsikan ini mendapat iktibar dan panduan utk kita bersama.

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?".

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah
roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang
miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut
Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar halanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang , fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi.

Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang di dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang. Anda ingin beramal soleh...? Tolong kirimkan kepada rakan-rakan muslim lainnya yang anda kenal.

p/s: Mak Cik janji dah, mak cik tak moh lagi masam2 muko lagi dah pas ni...