Followers

Tuesday, July 8, 2008

dj ND - " B o l e h J u a l l a h ! ! ! " -


1. Nama dalam surat beranak: NORDIN MD SALLEH

  1. Nama yang member-member panggil: NORDIN / DIN / ND

  1. e-mel anda: nordinmdsalleh@yahoo.com

  1. Umur anda pada 1 Januari 2010: 32

  1. Apakah yang anda boleh lihat pada diri anda 5 tahun akan datang? Ada isteri, anak, rumah yang selesa, kereta lebih besar drpd skrg, dan hidup bahagia bersama keluarga dan ibu saya.

  1. Bilakah waktu yang anda rasa paling `relaks' yang anda ingin alami? Lepas mandi.. badan dan otak rasa segar dan dapat bercuti jauh dari tanah air.

  1. Selain menjadi penyampai, apakah bidang yang anda lakukan selain bidang hiburan - Bidang Landskap.. sebab sekarang ni saya bekerja di bahagian Landskap.


  1. Apakah makna kedamaian pada diri anda- mendekatkan diri pada Allah, ketenangan dan kedamaian ada di sana.

  1. Jika anda diminta membangunkan Afganistan, apakah yang anda akan lakukan - saya fikir saya tak dapat nak lakukan, sebab saya buat pada apa yang saya minat, setakat bagi sedikit sumbangan tu boleh lah dari segi kewangan.

  1. Tepi pantai, pergunungan, kota bersejarah atau kota-kota besar.mana satu pilihan anda untuk becuti. Tepi pantai, sebab saya suka sangan dengan pantai dan keindahan pantai..

  1. Perkataan yang kerap keluar dari mulut anda bila berada didalam situasi panik – oh mak kau cantik!

  1. Apakah yang menarik tentang diri anda yang menyebab orang lain tertarik. – hahahaha, jom gelak sampai esok..rasanya tak dapat nak jawab la bro soalan ni, saya ni tak reti nak up kan diri..huhu..

  1. Siapakah yang anda cuba elakkan untuk bertemu- orang yang perasan dirinya baik, cantik, pandai, belagak dll…

  1. Bila pertama kali jatuh cinta. - masa darjah 6 kot.. hahaha

  1. Apakah saat yang memalukan yang pernah anda alami di dalam hidup anda - adalah…hanya yg close gan saya saja yang tahu..hehehe sori guy…

  1. Apakah lagak ngeri yang anda ingin lakukan sekali di dalam hidup anda - free diving.. di udara..yes..saya nak sangat terbang di udara…

  1. Rancangan kartun kegemaran anda sewaktu kecil dan mengapa? Doremon sebab saya suka suara-suaranya..

  1. Jika anda dikurniakan kuasa `superhero' apakah nama yang anda sesuai untuk anda gunakan. ND – Boleh Jual lah! Hahahaha...