Followers

Monday, May 11, 2009

Ujian, Dugaan dan Cerita berkenaan KAABAH..

Salam…

Apa kabar semua, hari Isnin pastinya satu hari yg agak melemaukan bagi sesetengah org. Ada gak yg kata ari ni mcm ari2 biasa saja n ada gak yg kata ari ni adalah ari penambat semangat bg mereka. Apa pun jua cara dan perasaan anda terhadap hari Isnin, yg pastinya anda tetap teruskan jua hari2 yg mendatang..tak gitu???


Yes, ND konti 2 hari iaitu Sabtu dan Isnin. Ahad menggantikan Noreen yg kini berada di negara matahari terbit..harap2 dia sihat dan selamat hendaknya ya. Minggu depan pun sama gak terpaksa gantikan dia lagi. Apa pun, harapan ND agar anda yg berkesempatan mendengarkan celoteh ND pada hari tersebut terhibur dan mendapat sesuatu yg baru ya..walaupun kita banyak berbicara bahasa bonda..(maksud ND, topic IBU..maklumlah hari ibu kan..semua org cakap pasal hari ibu).


Cuma ada sesuatu yg ND ingin kongsikan bersama di sini dalam pada itu juga..ND sebenarnya dlm dilemma yg mana ND sentiasa di uji oleh NYA dengan ujian yg masih lagi kecil buat ND, tetapi ND dapat rasakan bahawa ujian dari NYA itu amat2 ND rasai. Tadi ND bukak email, salah seorang rakan ND mengirimkan Email ini, sempena dengan hari2 yg semakin hamper untuk ND ke sana, marilah kita hayati kisah ini yg berkaitan dengan KAABAH..agar mendapat sedikit iktibar darinya..slmt membaca ya…


Selasa lalu (26 Ogos) saya (bukan ND ya, ni si pencerita yg hantar email ni) menaiki motosikal menuju ke Karak Setia untuk menyampaikan kuliah Maghrib di masjid kampong berkenaan. Kereta rosak dan bermalam di pusat servis. Sebab itu saya terpaksa naik motor walaupun langit gelap.

Ketika melalui ' Karak Highway ' hujan mula turun setitis demi setitis.Saya teruskan juga perjalanan. Makin lama hujan makin lebat. Baju dan seluar saya basah. Akhirnya saya ambil keputusan untuk berpatah balik. Saya balik ke rumah dan mandi.

Walaupun tidak berjaya dalam misi dakwah pada malam itu, saya tidak mahu malam itu kosong tanpa pengisian. Saya lantas pergi ke surau berhampiran untuk mengikuti kuliah bulanan yang disampaikan oleh ulama' tersohor di negeri ini iaitu Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman.

Ketika saya sampai di situ, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang.


Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka.Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

# Setiap perbuatan yang baik harus dimulai dengan niat dan keikhlasan. Jika tidak, perbuatan baikmu itu akan menjadi sia-sia seperti debu di jalanan...

6 comments:

nURmALa mAZLan said...

ye...
setiap apa yg kita lakukan bergantung pada niat sebenarnya

djND said...

dan niat kita hendaklah murni dan ikhlas..semoga ALLAH akan menerima segala amalan dan kebaikkan kita..

aizul said...

dj nd : saya nk ngk dj ndddd on air leh!!!

Anonymous said...

di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung..

-Farah

djND said...

Aizul: Boleh saja kalau nak teman ND berkonti..haha

Farah: Thanks ya..benar tu..

rizz said...

smart gak dj nd ni kah2