Followers

Wednesday, July 29, 2009

ND turut bersimpati dengan pemergian Yasmin Ahmad.

Salam,

Semalam lepas latihan Koir, ND dok kejap kat opis n update blog yg dah berserawang tu, pas tu sempat gak ND belek2 paper Metro bercerita ttg perginya satu lagi bintang tanah air yg bersinar melalui arahan lakonan filem dan iklan..Yasmin Ahmad. Memang dengan tidak dipaksa2 air mata NDm engalir membaca kisahnya yg berjuang demi kamusiaan sejagat. Justeru, hari ini ND ambil kesempatan untuk bercerita dan berkongsi sedikit dari apa bahan yang ND dapat dari bacaan dan pendapat rakan2 di facebook ND. Di bawah ini adalah sedikit dari berita yang ND baca dari blog rakan ND iaitu amyikram ismail..jom kita baca dan jgn lupa sedekahkan alfatihah buat arwah Yasmin Ahmad. Al-Fatihah.

Marina kecam Kosmo! dedah sejarah peribadi Yasmin
Aktivis popular Datuk Marina Mahathir mengecam keras akhbar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli. Menyifatkan akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai “makhluk yang hina”, aktivis wanita itu berang dengan sikap media itu mencerita pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya. “Malangnya terdapat makhluk hina yang dipanggil Kosmo! yang mengaibkan nama baiknya. “Keluarganya rasa sangat kecewa,” kata Marina. “Yasmin belum lama disemadikan dan Kosmo! telah mula menerbitkan bermacam-macam sampah mengenainya. “Bukannya menghormati seseorang yang percaya pada apa yang boleh dicapai oleh Malaysia dan rakyatnya, Kosmo! sebaliknya memilih mencemarkan reputasinya. “Apakah tidak ada rasa hormat di kalangan editor dan pemberita di sana?” Anak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut menggesa pembaca membantah pemberitaan itu dan memulaukannya. “Beginikah caranya kita mengenang mereka yang pernah memberi sumbangannya kepada negara? “Apakah ini maksudnya Satu Malaysia?” kata Marina di blognya RantingsbyMM hari ini. Akhbar tabloid harian itu menyifatkan filem-filem iklan Yasmin, selalunya pada musim perayaan, “yang penuh dengan suasana hidup 1Malaysia” - slogan yang dipromosikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Yasmin, 51, meninggal dunia lewat malam Sabtu lalu setelah dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara petang Khamis lepas akibat diserang angin ahmar ketika di stesen TV3. Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya tersendiri, ditangisi oleh tokoh politik, penggiat seni dan peminatnya. Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes. Jenazah Yasmin selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, kira-kira 1 petang, Ahad 26 Julai 2009.

6 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

kosmo takde sensiviti! picisan!


al-fatihah...

mie ahmad said...

biase ar tuh
nmpak sngt perbezaan newspaper english n malay ...

kosmo ni xinfomative tol
bende2 cam ni pon depa nk tulis

better bace the star ker
ader manyak useful info rather than gosip/cter yg x berfaedah

Dj Epoi said...

Salam..

Gua juga menentang dan membantah ....tentang pendedahan...ini...

Bagi Gua ianya tidak mencerminkan nilai2 kita sebagai orang TIMUR yang kaya ngn adat sopan santun....

Kot yer ponk agak2 lah sikit.....orang baru jew disemadikan......

Itu adalah PERIBADI tuan punya badan sendiri....
Dia tak kacau ponk kita.....
Buat apa yang nak kacau2 peribadi orang lain.....

Siut! btuuuuuuuuul!!!

Gua bangga ngn IDEA2 nyer yang dapat menyatukan semua masyarakat Malaysia yg berbilang kaum!!

Itu pendapat Gua...
Lain oarang Gua tatauu...
Salam Takziah!
Dj Epoi

helmie affandi chew said...

boikot Kosmo!!

djND said...

Masa baca komen2 korang ni pun hati ND rasa sayu dan stil lagi nak menitiskan air mata..thanks atas sokongan korang..pada yang tak sokong tu..biasalah..tu hak korang..apa pun, ND anggap perginya Yasmin Ahmad sebagai hilangnya satu permata berharga buat negara kita..al-fatihah.

Blog Eazy Izzuddin said...

isk3...


alfatihah wat beliau