Oleh kerana dah tak sabar nak ke Pulau Tioman, maka ND nak share sedikit info berkenaan dgn Destinasi pecutian dan pelancongan terkemuka di Negara kita iaitu Pulau Tioman. Perancangan ND dan rakan2 akan ke Pulau Tioman adalah pada awal bulan MAc ini iaitu pada 5 hingga 8 Mac 2011 nanti. Justeru, jom kita tgk apa yang menarik yg bole anda ketahui tentang Pulau Tioman ini.
Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam (scuba). Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.
Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia, di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam.
Jarak antara Pulau Tioman dangan Mersing, Johor lebih kurang 70 km. Mersing adalah salah satu jeti yang paling popular di kalangan pelancong. Selain dari Mersing, Tanjung Gemuk Rompin, Pahang juga terdapat jeti untuk ke Pulau Tioman dengan jarak lebih kurang 36 batu.
Pulau Tioman merupakan destinasi percutian yang paling mempesona di Laut China Selatan, terletak kira-kira 56km dari pantai negeri Pahang. Pulau Tioman telah dinobatkan sebagai salah sebuah destinasi percutian pulau yang terhebat di dunia. Pulau Tioman pernah menjadi lokasi penggambaran filem muzikal Hollywood, 'South Pacific' pada tahun 1959.
Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Daik iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.
Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut.
Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman.
Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara.
Terdapat beberapa buah perkampungan di sepanjang pantai di sekeliling pulau ini, antaranya ialah Kampung Salang, Tekek, Genting, Paya dan Juara dan sebagainya.
Setiap kampung menawarkan suasana yang berbeza dan unik. Kawasan pedalaman Pulau Tioman yang berhutan juga menjadi tempat tinggal pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan kecil termasuk rama-rama, mengkarung, rusa dan monyet.
Tumbuhan dan haiwan liar yang terdapat di Pulau Tioman juga pernah dipaparkan di dalam dokumentari National Geographic. Formasi batu granit yang membentuk pulau ini menjadikannya lokasi yang hebat untuk aktiviti memanjat batu.
Bagi mereka yang lebih berani, boleh mencuba memanjat tebing Gunung Nenek Semukut (juga bergelar Dragon's Horns). Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort menawarkan tempat penginapan yang mewah, berlatarbelakangkan pemandangan bukit-bukau yang beralun.
Jika anda gemar berjalan kaki, anda perlu mencuba laluan merentas pulau yang bermula dari Kampung Tekek di sebelah barat hingga ke Kampung Juara di sebelah timur. Perjalanan ini boleh disempurnakan dengan mudah dan dapat melihat pemandangan pantai serta hutan di kedua-dua belah Pulau Tioman.
3 comments:
i've never been to tioman lagi, maybe some day. huhu~
nanti pi sana boleh la pesan fridge magnet barang sebijik, boleh? :D - fad
golden goose outlet
golden goose
golden goose
bape outlet
off white clothing
supreme clothing
hermes bag
kyrie shoes
nike sb
off white outlet
fear of god hoodie
golden goose outlet
bape hoodie
curry shoes
jordan shoes
off white outlet
golden goose outlet
jordan shoes
off white nike
kd shoes
Post a Comment