Followers

Wednesday, November 26, 2008

XPDC Gunung Kinabalu 2008






Salam buat semua pendengar setia KLfm, terima kasih sekali lagi menggunjungi blog ND ini, maaf kerana lama tidak update..semuanya kerana urusan peribadi dan kesuntukkan masa yang menyebabkan ND tidak dapat membuat sesuatu pada blog ini.

Apa pun, ini adalah yang terkini buat pengetahuan semua ttg ND, pada 20hb November 2008 yang lalu, ND bersama anggota PKNS seramai 45 orang (10 Wanita dan 35 lelaki) telah melangkah ke Kota Kinabalu Sabah selama 4 hari 3 malam. Misi kami adalah untuk menawan puncak Kinabalu sempena ulang tahun PKNS ke 44.

Daripada 45 peserta yang menyertainya, seramai 43 orang telah berjaya sampai ke puncak tertinggi di Malaysia itu.

Apa yang menariknya, ND telah berjaya menjadi orang pertama sampai ke puncak daripada kalangan mereka yang berjaya sampai ke puncak tu. Syukur teramat sangat dan ND amat berasa bertuah kerana dapat mengikuti XPDC kali ini.

Sesunguhnya, terlalu banyak kenagan manis dan pahit untuk di kongsikan bersama, tunggulan di cerita-cerita akan datang ya. TQ.

1 comment:

contaminatedcookies said...

din ada hantu ikut balik umah tak?