Followers

Monday, March 30, 2009

Salam Dari Kamar Hati_Edisi Baju 'Pink Color'


Salam...

Hai semua, terima kasih yg tak terhingga ya kerana masih lagi berkesempatan utk singgah n membaca antara coretan yang sempat ND luahkan kat sini, walaupun tak semua tp korang baca lah jugak kan..btw..thanks uols.

Ya, mmg agak lama ND tak update since last week. Actually Mak ND tak berapa sihat. Jumaat lepas, baru 2 jam bertugas di pejabat PKNS ND dapat Msg dari abg mengatakan yang mak ND otw ke hospital klang dlm van ambulan. Berderau jugak lah masa terima msg tu, terus bergegas ke klang. Atas pemeriksaan awal doctor mengesahkan yang paru-paru mak ND dijangkiti kuman dan terpaksa ditahan di wad dalam beberapa hari.



Sib baik lah ada kakak dari JB time tu yang mmg kebetulan dtg. Boleh lah dia jagakan mak mlm pertama tu, sebab kat situ lelaki mcm ND ni tak dibenarkan menjaga di wad wanita. Kami menjaga mak bergilir2. Ikut time waktu melawat.



The next day, ND dtg utk membawa brg2 keperluan kakak ND, namun setelah diperiksa oleh doctor yang merawatnya pagi tu (Doktor Cina) lupa lak nama dia. Mak ND dibenarkan pulang hari tu jugak. So memandangkan ND bertugas jam 2pm-5pm Nadi Kota KL, so ND minta agar mak ND dibenarkan pulang lebih awal. Jam 10 ND dah siap buat check out. Balik Shah Alam ikut highway KESAS lebih cepat sebab kalau tak jam kat town Klang tu. Lepas 35 minit ND sampai rumah, ND tanyakan pada Mak ND dia nak makan apa, sebab masa kat wad tu dia tak lalu nak makan bila tgk ramai org India n Cina n melayu yang sakit kat sekeliling dia. Dia nak makan roti canai katanyer, jani tak mamak. Pas tu ND belikan mak ND makanan then bersiap2 utk masuk konti.

Cerita selanjutnya selepas ND balik dari lawatan tapak ya. (ND nak ke Bernam Jaya utk tgk2 tapak projek kat sana bersama Kontraktor) kita ber 'blog' lagi nanti ya.

Wassalam takat time ni (10.38 am / 30 Mac 2009)

p/s:
Terima Kasih kepada semua yang mendengarkan Nadi Kota KL (NKKL) ari sabtu lepas ya. Sori kepada sesiapa yang tak dapat nak keudara or ada msg2 yang ND tak dapat nak bacakan.

1 comment:

kakzie said...

Indah nya hidup bila org tersayang masih di sisi...hargailah ibu kita selagi di depan mata..taktala dia menutupkan mata dan pergi buat selamanya,maka kita akan terasa satu kehilangan yg tak dapat di nyatakan melalui perkataan..kehilangan seorang ibu tidak sama seperti kita kehilangan kekasih...semoga ND menjadi anak yang soleh..insyallah