Hari ini ND nak kongsikan satu cerita berkenaan kasih dan sayang jugak..ni 1 lagi kisah pasal suami dan isteri lah, bagi yg dah berkahwin tu..mmg sesuai di jadikan iktibar dan tauladan..bg yg lum kawin lak..alah, korang baca je citer ni..mudah2an dapat iktibar uols..jom kita baca kisah ni..
“ Aliyah, Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"
Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam
seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran
usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV,
sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang
menayangkan iklan Sunsilk,
Mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia
menghela nafas
panjang. Dia memandang sekali imbas wajah
Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi,
bangun lantas
menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.
Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk
tidur. Dahulu, semasa
puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan
suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja.
Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya
yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat
mengenali isterinya. Jodoh yang diatur
keluarga hampir 16tahun yang lepas
menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,
kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat
jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau
mampu untuk beri
makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman
sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia
berdepan dengan Aliyah.
"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup
bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah
Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu
memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara
lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di
rumah. Pagi-pagi, selesai solat Subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk
ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan
bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-
anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi
Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg.
Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang
sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah
bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu
sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang
menggilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah
selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak
dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun,
tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab,
dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara
yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu
bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain,
alamatnya perang dunia meletus lah
jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-
dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Teringat dia kisah seorang tentera
yang disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup
diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang
tidak sempat dilangsungkan.
Dan dia, hanya dapat senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,"
terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta,"
masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?" "Takutlah Qis, silap
haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu
orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg
faham," Qistina mengalih pandangannya. Mahu
apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia
sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri
pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah.
Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati
kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah
dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak
mengetahui ke mana Qistina pergi.
Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar
Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan
dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra.
Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian
lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban
malam dia akan bersama
dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis
kuliah agama. Membaca AlQuran secara
bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun,
lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina
memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-
benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang
sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia
cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu.
Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih.
Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis
air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah
terjadi pada hari
itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti
biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya
seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon
madu Aliyah.
Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox
hensetnya. "Qis
minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg
jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis
perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama
Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul
besar.
************ ********* ********* ********* *********
********* ********* **
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna
cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka
perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga
redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah
jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini
Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia
memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak
nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang
mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah
sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret
ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan
dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu
untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang
pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi,
Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg
anya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah
pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah
berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita
sekeluarga singgah di sebuah restoran western
food, Abg muntahkan semua makanan western
food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut
selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la
pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah.
Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan
menjadi ibu pada
zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia
mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti
untuk menjadi imam dan imamah yang beriman.
Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan Abg...
Abg yang disayangi,
cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap
satu persatu,
Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini
penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat
membuat penilaian yang jauh lebih baik
memandangkan Abg mengenalinya lebih dari
Aliyah mengenalinya.
Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan
berpoligami. Telah siap
Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket
penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg
di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini,
ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada
Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah
berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah
sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan
Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan
isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding
denganAliyah. .. Aliyah sayangkan Abg.
Jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang
hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran
Abg, roti canai..air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ
berdiri Aliyah
Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!
'Keberanian yg paling benar adalah ketetapan pd hati yg pasti.....'- NAPOLEON BONARPARTE
5 comments:
Terus teringat kan kat suami yg jauh di perantauan..cepat lah abg ku pulang ke tanah air...-Pn. Syarifah
sayu hati baca kisah ni...sebak sangat...mulia sungguh hati seorang aliyah...
semoga anda juga menjadi seperti aliyah ya...
Hm, cerita yg bagus untuk dikongsi bersama.. Memang sukar kita nak berkongsi kasih suami dengan orang lain.. Apatah lagi kita da lakukan yang terbaik untuk dirinya.. Tapi, jika takdir kita hidup bermadu, kita harus redha.. Pasti ada hikmah.. Hanya Tuhan tahu apa yang terbaik untuk diri kita..~wallahualam..
jordan shoes
off white
palm angels hoodie
golden goose
goyard
hermes outlet
goyard bag
nike dunks
hermes outlet
off white hoodie
Post a Comment