Followers

Thursday, May 14, 2009

Mencari Kawan Baik??

Salam, apa kabar semua untuk hari ini, thanks kerana sudi dan terus mengikuti perkembangan ND, walaupun ND kadang2 x dapat nak update blog ini secara detail. Apa pun thanks jugak kepada semua yg terlibat dalam Karoke Santai awal pagi tadi 14 Mei 2009 bermula jam 12 tgh malam hingga 3 pagi. Kepada Ashieddie, Lina Rock, Diana, Sarifuddin, Puteri Izan, Ady Subang Jaya, Ejal, Brother Bob dan ramai lagi lah...anda semua mmg menghiburkan..juga kepada mereka yang mengirimkan kiriman SMS eak..


Okay, ari ni ND nak kongsi satu lagi cerita tentang KAWAN ni..tentu kita ramai KAWAN kan..dan sudah tentu kita mencari kawan yg baik, kawan yang memahami dan juga kawan yg bole diajak berbincang dalam susah dan senang kita..so yok kita ikuti 46 kriteria KAWAN YANG BAIK.....

46 Kawan Baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Amin Yarabbil Alamin.


9 comments:

farish izaryl @izreez said...

nak gak jd kawan baik dj nd hehe

djND said...

boleh saja..selalu dengarkan ND konti eak..tq so much Rizz

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

nk jd kwn baik kpd sumer owg..
tp slalunya jim kene tikam kt blkg..
so,nk wat canew??trima jew r..

Puteri Adania said...

yeah, saya nak jadi kawan yang baik buat semua kawan2 saya..~jasa kalian semua dikenang~ aiceh.. hehe:)..

djND said...

Duke: Sabar itu separuh daripada iman..so bersabar lah eak..

Adania : Kita semua akan di kenang kalau kita sentiasa melakukan kebaikkan..jgn minta di balas tetapi Allah akan balas apa yg kita lakukan.

Nurmala Mazlan said...

nak jadi kawan yg baik pd semua org jugak

Anonymous said...

susah utk kita dapat kawan yang baik sekiranya kita sendiri bukan seorang kawan yg baik..twist my words....hehehehe

djND said...

Mala: Salam, apa kabar? thanks eak, YES.kita harus berbaik dgn kwn kita..biar kwn kita makan kwn tp jgn kita biarkan diri kita dimakan kwn or kita makan kawan..hehehe

djND said...

Ary : Thanks eak..u got nice blog..Yup, kadang2 kita kena jadi baik dulu utk berkawan n kadang2 kita lupa yg kita juga tak baik dgn kwn..jadi..biar kita jadi baik saja selalu..hahaha susah kan nak jadi org yg baik kepada semua org.....ikuti dan hayati kisah Nabi kita Muhammad SWT yg menjadi seorg shbt yg baik sentiasa kepada kwn2 nya walaupun kwn nya mengkhianati dirinya...renung2kan...