Followers

Tuesday, June 9, 2009

R I N D U



Rindu
by Hijjaz

Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

Ya, terkadang kita rasa rindu, rindu pada Ibu Bapa, Keluarga, teman, kekasih dan org2 yang selalu kita dampingi namun jauh dari kita...tahukah anda yang kita harus merindukan kepada Nabi Junjungan kita iaitu Rasullah dan yg paling utama ialah pada ALLAH...agar segala kerinduan kita itu akan lebih bermakna dan diberkati...ayoh kita mulakan kerinduan itu bermula dari saat ini...

Salam semua, thanks eak sudi lagi bersantai di ruangan blog ND ni, jua sudi membaca bicara sepi ini walaupun hanya di ruangan internet ini..itu sudah dinamakan silaturahim namanya walaupun kita tak bersua, tak bertentang mata dan tanpa suara. Apa pun, ND nak kongsikan sedikit dari berjuta luahan rasa serta cerita yang mungkin boleh dijadikan iktibar serta panduan buat anda semua yang berhajat utk ke Tanah Suci Makkah.

Ceritanya berkenaan dengan kisah mata, hati, mulut dan perbuatan kita. Memang benar akan cerita2 yang ND dengar sblm ni, sblm ND ke sana..ingatkan ianya hanyalah sekadar menakut2kan saja tp bila dah berada di sana dan merasainya sendiri barulah ND sedar yg cerita mereka bukan lah sekadar bercerita.

1st pasal ilang kasut, ND sendiri hilang selipar jepun yg ND bawa ketika selesai solat di Masjidil Nabawi, sehari sebelum itu rakan ND hilang kasut dan terdetik dlm hati ND mengatakan pada nya "Haa tu lah, mulut celupar sangat, kan dah hilang kasut"..esoknya pulak ND yang hilang kasut. Bukan setakat itu saja, ketika ND balik ke hotel dengan berkaki ayam, rakan ND yang lain pulak mentertawakan ND bila dia nampak ND tak berselipar dan berkaki ayam saja balik dari masjid. Ke esokkan harinya pula, dia pulak yang pulang berkaki ayam.. SubhanaAllah..maha besar kuasa Tuhan..apa yang kita cakap, apa yang kita terdetik tu semua Allah akan hitungkan dan Tuhan balas terus. Jadi anda fikirlah kita di sini ya, walaupun Tuhan balas tidak secara terus, walau pun lama balsan itu, Tuhan akan tetap memberikan balasan atas segala yang kita fikirkan or katakan..renung2kan dan anda fikirkan ya.

2nd, Ketika berada dihadapan Kaabah, ND teringin sangan nak mencium Hajarul Aswad tu, tp memandangkan terlalulah ramai yg nak menciumnya, maka hasrat ND sebanyak 2 kali tu tak tercapai, namun kerana tidak putus asa dan terus mencuba buat kali ke 3, akhirnya Allah makbulkan juga tika tu, kalian nak tahu tak beberapa minit sebelum ND dapat mencium Hajarul Aswad tu, dlm hati ND memohon kepada Allah memudahkan ND mencium Hajarul Aswad tu dgn cara khusyuk dan fokus..tidak sapai 5 minit hajat ND tarmakbul. Syukur sgt tika tu dan wajah berseri2 sgt bila dah dapat cium batu syurga tu. Teru kali ke duanya utk mencubanya sekali lagi, ND berkata lagi dlm hati kepaa Allah yang ND kalau dapat cium Hajarul Aswad tu lagi kali ni, ND akan botakkan kepala..lantas serta merta saja Tuhan makbulkan selepas itu. SubhanaAllah, maha besar kuasa Tuhan...begitu lah kalau kita nak lakukan sesuatu tu biarlah dengan niat dan fokus yang khyusuk kepada NYA, insya ALlah DIA akan makbulkan.

Cukup setakat ini dulu yg dapat ND kongsikan kepada kalian. semoga kalian mendapat sedikit dari berjuta2 kisah menarik ketika berada di sana..salam sayang dan salam rindu buat semua.
Amin.

4 comments:

Shopaholic_Sinful said...

teringat balik.. zaman masa ada kat sana.. n mmg betul.. mulut n hati kena jaga.. : )

did i told u i was lost in the masjidil haram.. tak dapat cari pintu..??

after mengelilingi masjid yg sangat besar tuh selama 5 kali baru terjumpa pintu number 1 which is jauh dari babus-salam.. where my slippers are.

djND said...

Maha suci Allah...betul lah kata org..di sana kita seolah2 di hisaf satu persatu dosa pahala kita..hanya yang terpilih sahaja..

Duke Luce Dell'amore said...

allahuakbar!
allah maha besar..

abg bertuah sbb dh dpt jd tetamu dirumah allah...
bile r plak giliran jim kn??huhuhu..

Puteri Adania said...

Ya, sy pun biasa dgr cerita tentang jemaah haji/umrah semasa di makkah.. dkt sana kita akan di uji dgn bermcm2 ujian, dan pastinya ujian itu adalah untuk menguji sejauh mana keimanan kita dan sebagai jalan menuju kemuliaan di sisi Tuhan. so, kena tabah selalu dgn ujian yg menimpa kita~