Followers

Wednesday, July 29, 2009

ND turut bersimpati dengan pemergian Yasmin Ahmad.

Salam,

Semalam lepas latihan Koir, ND dok kejap kat opis n update blog yg dah berserawang tu, pas tu sempat gak ND belek2 paper Metro bercerita ttg perginya satu lagi bintang tanah air yg bersinar melalui arahan lakonan filem dan iklan..Yasmin Ahmad. Memang dengan tidak dipaksa2 air mata NDm engalir membaca kisahnya yg berjuang demi kamusiaan sejagat. Justeru, hari ini ND ambil kesempatan untuk bercerita dan berkongsi sedikit dari apa bahan yang ND dapat dari bacaan dan pendapat rakan2 di facebook ND. Di bawah ini adalah sedikit dari berita yang ND baca dari blog rakan ND iaitu amyikram ismail..jom kita baca dan jgn lupa sedekahkan alfatihah buat arwah Yasmin Ahmad. Al-Fatihah.

Marina kecam Kosmo! dedah sejarah peribadi Yasmin
Aktivis popular Datuk Marina Mahathir mengecam keras akhbar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli. Menyifatkan akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai “makhluk yang hina”, aktivis wanita itu berang dengan sikap media itu mencerita pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya. “Malangnya terdapat makhluk hina yang dipanggil Kosmo! yang mengaibkan nama baiknya. “Keluarganya rasa sangat kecewa,” kata Marina. “Yasmin belum lama disemadikan dan Kosmo! telah mula menerbitkan bermacam-macam sampah mengenainya. “Bukannya menghormati seseorang yang percaya pada apa yang boleh dicapai oleh Malaysia dan rakyatnya, Kosmo! sebaliknya memilih mencemarkan reputasinya. “Apakah tidak ada rasa hormat di kalangan editor dan pemberita di sana?” Anak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut menggesa pembaca membantah pemberitaan itu dan memulaukannya. “Beginikah caranya kita mengenang mereka yang pernah memberi sumbangannya kepada negara? “Apakah ini maksudnya Satu Malaysia?” kata Marina di blognya RantingsbyMM hari ini. Akhbar tabloid harian itu menyifatkan filem-filem iklan Yasmin, selalunya pada musim perayaan, “yang penuh dengan suasana hidup 1Malaysia” - slogan yang dipromosikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Yasmin, 51, meninggal dunia lewat malam Sabtu lalu setelah dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara petang Khamis lepas akibat diserang angin ahmar ketika di stesen TV3. Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya tersendiri, ditangisi oleh tokoh politik, penggiat seni dan peminatnya. Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes. Jenazah Yasmin selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, kira-kira 1 petang, Ahad 26 Julai 2009.

Tuesday, July 28, 2009

Rindunya pada kalian semua...

Salam 1 malaysia dan salam sejahtera kepada semua yang sempat dan selalu intai ND melalui blog ini..maaf byk2 ye sebab dah lama tak update..ikhlas dari hati ND..mmg tak berkesempatan..apa pun, ND akan curi2 masa utk update blog ini seperti mana sebelum ini..ya..jgn lupa waktu konti ND sekarang ini adalah :

Setiap Jumaat dalam Neon-neon KL 8-12 malam
Setiap Sabtu dalam Nadi Kota KL 2-5pm
Setiap Ahad dalam Relax KL 12-3pagi.

Selamat mendengar dan teruskan memberikan sokongan kepada ND okay..kalau korang boleh Jual..ND pun harus Boleh Jual Lah!!!

Missed uols..

Wednesday, July 8, 2009

Cari-carikan Jodoh

Salam, ketemu lagi ya..emm ni msg yang sempat ND 4wardkan utk tatapan dan bacaan kalian eak, tolong sebar2kan kat kwn2 yg lain lah eak, ND just tolong dia saja..apa pun semoga korang pun bole tolong dia ni tak pun korang je lah yg jadi calon pasangan dia ni..emm ok tak? kalau cam tu, yok kita baca email yg dikirimkan sendiri oleh pemiliknye ini..

Carikan saper-saper yang nak cari calon isteri. I busy sikit lah. Kawan-kawan aku semua dah kawin.Susah nak cari. Ari tue aku ada tanya kawan aku. Diorang cakap tak nak sebab kerja peramugari, nanti tak ada masa dengan diorang. Bagi aku alasan jer semua tue.... memilih cakap lah memilih....


Hi, Ika seganla. Dah la kita tak lawa. Biodata ika ada kat bawah. Kalau betul ada kawan-kawan you ikhlas nak berkenalan dengan ika, diorang kena terima ika seadanya tau. Maklumlah, ika ni orang kampong. Diorang pun kena faham dengan kerja ika. Ika ni peramugari, so selalu outstation. Ika tak kisah paras rupa, yang penting ikhlas dan SETIA. Ika tak suka womanizer dan lelaki hidung belang. Sapa2 yang minat ikhlas nak kawan ngan ika abg suruhla diorg add YM ika yea…. Ika bukan aper, dah tak tahan sebab mak dan ayah asyik tanya jer..... Ika plak sibuk, takde masa nak berkenalan. Tahulah lah keja Ika macam manan kan. ada tue adalah, tapi semua yang nak ambil kesempatan.Ingat Ika ni perempuan murah ker. Tolong lah you yer. Ika sunyi lah...

Nama: Nursharifah Intan Zulaikha Bt Zulyahya


Nama Panggilan: Ika


Umur: 28tahun


Skin: Sowo Matang


Kening: Lentik Sedikit


Rambut: Hitam (xsuke kaler2 rambut)


Alamat: Seksyen 17 Shah Alam, Selangor

Pekerjaan: Peramugari

Hobi: Shopping, Tengok Wayang, Clubbing


Favorite Drink: Soya Campor Cincau, Cappucino


Favorite Food: Seafood, Spaghetti, Pizza Hut, Budu

Email: ika_cute@yahoo. com.my

p/s: sebarang pertanyaan sila email saya.gambar saya sertakan dibawah.
.

Tuesday, July 7, 2009

Kenapa Org Israel Cerdik???

Salam, lama tak update blog kan..emmm actually byk sgt keja n selalu sgt tak ada kat umah..so tak dapat lah nak update blog..by the way..kepada sesiapa yg dah tahu n terbaca cerita ni..its ok lah kan, pada sesiapa yg belum pernah lagi baca..apa kata korang baca eak..antara perkongsian yg sempat nd paste kan kat dlm blog ni..selamat membaca uols..


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


Dr. Stephen Carr Leon

k, esok or pas ni lak nd akan bagi tahu kat korang lak pasal cari jodoh..hehe citer ni mesti best..emm tentang seorang kawan kepada kawan ND ni, dia nak sangat cari pasangan. Dia tu lak Pramugari..emm kepada mereka yg solo tu..tunggu eak cerita dari nd tu nanti..daa uolsss..