Followers

Friday, July 9, 2010

'Cinta Anita' bagaikan sebuah Mimpi jadi Kenyataan..


Assalammualaikum...

Apa kabar semua? Semoga kalian di dalam lindungan rahmat Tuhan hendaknya..(maklumlah, waktu tulis blog ni..Ari Jumaat, mukadimah kenalah berunsur ketuhanan..baru lah nampak ND ni muslimin yg sejati..amin, mudah2an)

Btw, agak lama juga tak menulis seakan diari mcm ni, rasanya dah berbulan2 lamanya..emmm may b teruja gan persembahan smlm (8 Julai 2010) @ KL Live Kuala Lumpur bersama Bintang lagenda tanah Air..siapa lagi kalau bukan Anita Serawak, membuatkan ND utk menulis sst buat tatapan semua.

Wajah Kak Nita sebelum pelancaran, simple tetapi cukup menawan.

8 julai 2010..ya, satu tarikh yang akan terus terpahat dlm diari kehidupan ND dan segar dlm ingatan ND. Mana tidaknya, ND di gandingkan bersama seorang artis terkenal..sekali gus berkerjasama dgn nye dalam Pelancaran Album terbaru beliau..iaitu Cinta Anita.

Bertempat di KL Live Kuala Lumpur, pentas yang sememangnya telah menampilkan ramai artis ternama tanah air seperti Ning Baizura, Sheila Majid, Dayang nurfaizah, Search, Amy, Awie, Anuar Zain, Ziana Zain dan ramai lagi.

Seingat ND, pertama kali ke KL Live adalah sekitar tahun 1999 dan waktu itu adalah ketika ND masih lagi belajar di UiTM Shah Alam. Bertemankan dgn rakan sekuliah waktu tu utk menyaksikan Persembahan Amy Mastura dalam pelancaran Albumnya. Masa tu memang teruja sangat2 sebab tak pernah pun rasa enjoynya tgk show seumpama itu. Selepas itu, untuk pengetahuan anda, mmg ND tidak lagi masuk utk melihat apa persembahan di KL Live, bukan tiada jemputan atau show utk di tonton. Tetapi keadaan dan masa yang mungkin tidak mengizinkan.

Sesi PC Cinta Anita..(tika ni, hatiku bagaikan bergelora terasa bahawa diri ini Glem seketika..walaupun hanya sebagai pengacara sahaja)

Yes, Pelancaran Album "Cinta Anita" bagaikan Hari Ini Dalam Sejarah hidup ND, Mana tidaknya, seawal di hubungi oleh pihak Live Record iaitu Kak Sari dari Live Record M'sia dan En. Osman dari Live Record S'pore, ND mmg telah teruja utk berkerjasama dengan Anita Serawak atau lebih sinonim dgn nama "Kak Nita".

Ini lah Kak Sari dari Live Record M'sia, org pertama yang Call ND dan menjemput ND utk jadi MC di majlis pelancaran album Cinta Anita ini..terima kasih yang tak terhingga kak atas kepercayaan ini.

Bersama Abg Mahathir, Kak Nita dan En. Osman selepas sesi Reheasal.

Wow!! cuba bayangkan, setelah hampir 11 tahun baru ND dapat berada kembali di KL Live dan kali kedua kehadiran ND di KL Live bukan untuk menionton, tetapi berkerja sama dgn seorang artis ternama siapa lagi kalau bukan Kak Nita. Yes, masih lagi terasa terujanya walaupun sesi pelancaran telah tamat semalam. Apa pun, ucapan jutaan Terima Kasih kepada Kak Sari dan Abg Osman. Juga buat Kak Nita & Abg Mahathir. All the best buat adik2 AF8.

Pose istimewa bersama Pasangan Bahagia.

Kepada mereka yang turut hadir spt Ariel Muzikfm, Farid dan Nazir dari Fan Club FB djND dan ramai lagi. Tidak dilupakan rakan2 wartawan hiburan, media cetak dan elektronik dan rakan2 artis lain yg turut sama hadir di Cinta Anita.

Bersama Adira AF8

Bersama Juara AF8..Shahir

Persembahan Mantap dari 7 pelajar AF8 terdiri dari Shahir, Maulana, Iwan, Anum, Adira, Ema dan Ain.

No comments: