Followers

Monday, February 23, 2009

Aktiviti Hujung Minggu ND

Coretan ini telah di tulis pada 23 Feb 2009 4.58pm waktu m'sia


21 Feb 2009 - Sabtu

7.30 Pagi - Bangun awal dan bersiap utk perlawanan Bowling antar bahagian PKNS 2009 di Sunway Pyramid. Bersarapan dulu bersama 2 wanita chantik (perasan je tu) siapa lagi kalau bukan pembantu peribadi ND yang setia ni si Mimiey dan Aishah. Siap dgn baju utk berlawan..ND dgn tema Hijau mewakili team EOA Lelaki, Mimiey tema Merah juga mewakili team EOA Wanita dan Aishah gan color baju yang sama dgn Mimiey tapi mewakili dari team berlainan iaitu utk team Perancang.



9.30 Pagi - Perlawanan bermula. Mcm biasa je masa mula2, jumlah kutipan pin yg jatuh pun tak memberangsangkan..tp kira boleh jual jugak lah..hahaha..(padahal..)syyyssss diam2 eak..kalau nak tahu, ND adalah org paling bawah dari 110 orang yg main..tu kiraan utk individu lelaki saja..hahaha.poyo tak..tp kira ok lah tu kan..bukan selalu pegang bola pun..kwang3x!!!


Bersama Naib President 1, Kelab Sukan dan Reksreasi PKNS En Sham dan juga Coach Pasukan Futsal PKNS..
12.45pm - Berakhir perlawanan, kami terus book tiket utk tgk citer "House". Tu plan dari Aishah n mimiey..ND follow je dia org..hahaha..janji Aishah blanja..thanks Asha..(Asha nama glemour la kiranya kata Aishah ni).


3.00 pm - 'Tammat' wayang dia org ni sebuk nak balik..tak solat lagi kata mimiey..kami bergerak pulang. Tp ND tersesat pulak nak cari parking keta.lupa letak keta kat mana..akhirnya sambil2 sesat tu sempat jugak lah shooping kasut n baju kat situ. Setelah urusan pembayaran tiket parking (RM7 hengget, kira ok lah tu kan)

4.45pm - Singgah kejap di konti utk playlist klkl esoknye..hahaha time ni Noreen tgk konti..5.30pm baru siap then ND terus balik ke Shah Alam. On the Way tu sempat lah jugak call Will dan juga Eddy utk minum ptg kat Pak Li kopitiam..lama dah tak sembang2 gan dia org. Bukannye apa, ND selalu dgt bz gn keja dll. Thanks to Will dan Eddy yang sudi temankan ND minum2 n bersantai di Pak Li ya..ada masa kita jumpa lagi k.

8.45pm - Rizal dan Is pulak call nak jumpa cos ada hal penting pulak katanyer..emm kami jumpa di DE Sek 8 pulak..ND just minum 100plus, sambil tunggu dia org tu sempat jugaklah ND gunting rambut yang dah berserabut tu..hahaha.. Setelah menunggu hampir 1 jam barulah dia org muncul. Rupanye si Rizal nak bagi job landscape kat ND, baik sungguh hati rakan ND ni..dah lah dia tu rezekinya makin belimpah ruah, kereta skrg ni pun dah bertukar naik Honda..emmm Syukurlah, rezeki rakan2.

10.30pm - Sampai kat rumah terus siapkan diri untuk beradu. Tp sempat jugak sembang dgn Bonda tercinta sambil tolong sapukan minyak angin kat blakang Bonda. Kesian lak tgk Bonda ND yang selalu tolong cucikan baju, masakkan utk ND dan juga bekalkan ND makanan utk p kerja..syadu sgt2 bila tgk Bonda ND yang tak pernah rasa jemu dgn karenah ND dan menemani ND di rumah tu..apa pun, buat Bonda tersayang..Sa'enah Bt Aman...Ku amat menyayangi dirimu..

22 Feb 2009 - Ahad

8.30 am - Siap2 untuk ke pasar untuk bekalan selama seminggu di rumah. Sepertimana biasa ND dan bonda akan pergi beli sayur-sayuran dulu, then ND lak beli ayam daging. Kemudian kami ke bahagian ikan pula. Akhir sekali barulah kami pergi membeli barang2 runcit seperti bawang, ikan kering, ikan bilis, dll. Nd sempat beli jagung rebus dan Apam balik. Antara juadah kegemaran ND kalau ke pasar Seksyen 6 ni.

Wajah Bonda Tercinta.. Sa'enah Bt Aman.

Sibuk memilih ikan apa yang nak dibeli dan pilih..


Ni dia ikan kegemaran ND..






Bonda ku yang sibuk membeli barang keperluan dapur kami..

11.30am - Sempat lagi berehat dan terlena seketika sblm bersiap utk ke konti. 1.15 terjaga. Sempat jugak lah tgk MELODI. Lepasa tu br ND bersiap utk ke KONTI..ptg ni KLKL uols..hehehe
Nak tahu kesah seterusnya uols bole baca kat tajuk kat bawah ni..hehe..daaaa.

Sunday, February 22, 2009

Enjoy with KLKL KLfm Ahad 22hb Feb. 09

Coretan ini ditulis pada jam 11.23pm waktu M'sia.

Salam..

Terima kasih kepada anda semua yang mendengarkan KLKL ptg tadi..ND teruja juga bila dapat sambutan yang menggalakkan sampaikan tak menang tgn nak jawab call..juga kepada yang menghantarkan kiriman sms, walaupun ND tak sempat nak tunaikan permintaan lagu2 kegemaraan n kenangan anda tu ye..apa pun, ND dah cuba buat yang terbaik. Ramai yg complain n ramai juga yang memberikan galakkan..kepada anda semua, tiada kata2 yg dapat ND berikan dan ucapkan kpd kalian..hanyalah ucapan salam klkl dan jutaan terima kasih. Andalah penguat semangat dan pendorong ND utk lebih berjaya lagi dlm bidang radio ini..tanpa anda semua..apa lah ertinya radio klfm ini dan juga nd ini..
Kepada yang menghubungi ND ptg tadi seperti Noreen, Bro BOB, Ady Subang Jaya, Kak Lah, Kak Nor dari Klang, Wan, KakSal Bangi, Mamrock, Fahmiey, Aishah, udin, Jaya, Boboi, Reza dan Cik Najmie.. dan juga yang ND tak sebutkan namanye kat sini tu bermakna ND lupa lah nama2 kalian..kepada yang menghantarkan sms tu jgn cakaplah..nd tak ingat semua..yg penting ND ingat akan nama2 ini seperti Laksamanamelaka, Puteri2 semua, KakLah, dan ramai lagi....tq so much uols..
Kenangan naik basikal waktu pulang dari solat terawikh tu mmg tersemat abadi dlm diari kehidupan ND actually..seronok juga bila kenang2 kembali kisah2 lama kan...?

Last sekali, semoga kita jumpa lagi dalam KLKL eak..tu pun kalau ada duty utk klkl lah..Salam sayang buat semua pengunjung2 blog ND ya..juga didedikasikan utk TOMMY, VIVI, Juwita, Razlan, Edward, Mel, Rudy, Tan Siew Meng, Pn Ruby, Eddy dan anda semua..thanks ya..daa...uols..

Friday, February 20, 2009

Slmt Berhujung Minggu dan dengarkan Ahad Ini dlm KLKL..


To All of u guys...slmt bercuti bg mereka yang cuti Sabtu Ahad lah, mana yg bekerja tu, slmt menjalankan tugas k..ND akan masuk konti lagi AHAD (22 FEB. 2009) ini dlm KLKL..so jgn lupa dengarkan KLKL ahad ni dr jam 5pm to 8pm ya..ingat KLfm 97.2

Semoga kalian ceria selalu di samping org2 yang kalian semua sayangi ya..love uols ya..daaa....

Terkenang Kembali Memori Lama



Percutian Bersama Rakan2 Di PD...






Keindahan Pulau Redang..



Sempat lagi kami buat aktiviti snokeling (betul ke ejaan tu) apa pun mmg best uols..


Terlena deka kerana keletihan main bola tampar..

Masa ni dah tak ingat dunia dah...belayar sampai ke India dah time ni..

Kalau Pandai cari lah ND yang mana..hehe


Khusyuk dgr penerangan mcm mana cara nak berlari atas air laut..hehehe

Lambaian dari kami semua buat peminat2 kepulauan ..hehe


Sekitar Sukan Gemaputra Seremban N9 2008.

ND dlm team Futsal..hehe


Kumpulan Koir Elit



Sekitar Rumah Terbuka ND bersama peminat2 setia..


Sekitar Majlis Makan Mlm KSR PKNS 2007







Sekitar Hari Keluarga Unit Landskap 2008 di PD Resort PD





Ni ceramah ke apa??? hwa3x..sampai dahi pun dah bole buat cermin..hwa3x