Followers

Friday, May 15, 2009

Dah Mandi Ke Belum???


Salam..


Bersua kembali, salam hari Jumaat..penghulu segala hari..yes Slmt Hari Belia juga kepada semua..emm esok lak kita nak sambut Hari Guru, selamat Hari Guru buat semua yg menjadi Guru..teringat ND kepada lagu Kami Guru Malaysia..emmm terngiang2 di telinga ND sewaktu guru2 ND di Benut Pontian Johor ketika hari guru di raikan sewaktu itu..emmm apa kabar agaknya guru2 ND skrg ni..kpd Guru2 ND yg masih lagi mengenali ND ketika ini..I Love you So much..


Again, thanks to all of u guys yg sempat bersama ND awal pagi tadi dlm Hati Ke hati Bersama ND 12am-3am, ramai gak caller yg marah2 kan ND cos tak jawab kol..bukannya apa, mmg ND tak sempat uols..maklumlah, kat konti sorg2 tu...mana nak sempat nak angkat phone gan nak wat semua benda..apa pun, awal pagi tadi mmg cukup2 menceriakan ND, cuma closing je tak ok bagi ND cos ada sikit kecacatan bila lagu tak abis keudarakan then kena cut cos nak masukkan BERITA RINGKAS..hahaha (Padan Muka haku..) tq eak kat Bro. Bob, Mama, Lina Rock, AdySbgJaya, Mania, Puteri segala puteri, Putra2 semua dan ramai lah lagi, x sempat ND nak tulih nama korang kat sini..


Emmm, hari ni ND nak kongsikan cerita ttg faedah Mandi ni..so kepada mereka yang malas nak mandi tu or kepada mereka yg jarang mandi tu..heheh..apa kata korang baca ni..yg dok mandi selalu tu pun elok lah korang baca...jom...!


Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Seronoknye adik kita ni mandi..sori Dik, Abg ND terpaparkan gambar adik ni kat sini..glemour lah sikit kan.. ;)


Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Baby kita ni sempat pesan kat uols semua.."Pesanan ini utk abg2 dan kakak2 yang dah abis baca info ni":-

Tolong forwardkan e-mail ini.......kalau ramai org dpt baca artikel ni....lg bagus kan ? Byk saham kita kt akhirat esok, kalau kita sebar2kan ilmu dan ilmu tu pula merupakan ilmu yg bermanfaat.

Tidak ada ape yg dpt tolong kita diakhirat nanti melainkan 3 perkara :

1) anak yg soleh yg mendoakan kedua ibu bapanya.

2) sedekah amal jariah.

3) ilmu yg bermanfaat.

8 comments:

Kerabat Sahabat Kajang Berlipat said...

Slm pagi Jumaat yang mulia ND... Sebut pasal Hari Guru tu..tringat masa sekolah dulu tak pernah tfikir nk jd cikgu ,cita2 rahsia..tp dh ditakdirkan jd cikgu redha jer...bila dh hmpir 20 tahun jd cikgu memang sayang sesangat pd profesion ini.. tambah2 bila jmpa ank murid yg diajar tahun 1 masih kenal dn cium tangan..sejuk hati...

Anonymous said...

uish..baru nak wat entry happy teacher's day hahaha...t la wat huhu..i love my teachers so much...n pasal mandi..n air..cool coz i'm a little bit imsonia..huhuh

djND said...

Kak Sal: Thanks Kak, slmt hari Guru kat akak eak, kalau akak nak tahu, cita2 ND dulu adalah nak jadi GURU..tp bila p exam sblm masuk maktab dulu..dah tak lepas..emmm redha je lah masa tu..apa pun semoga akak menjadi guru terbaik dan di sanjungi ya..congrt kat kakak.

djND said...

Ary : Huhu...yes Happy Teacher's Day 2 morrow (16 Mei)..yup we love all our teacher..missing them ya.. ;)

Nurmala Mazlan said...

oooo...esok hari guru ye?? eheheh~

djND said...

Mala: Eleh..buat2 tak tahu konon..haha..Selamat Hari Guru.. senyum selalu eak..

Puteri Adania said...

MANDI.. Topik menarik untuk di baca dan di hayati.. boleh story kat student masa dalam kelas.. hm, anyway thanks atas ucapan hari guru buat saya.. hehe:).. saya hargainya.. senyum2 selalu taw~.. ee;)..

djND said...

Adania: Senyum jgn tak senyum na..hehe