Ya Salam..
“ANDA AKAN MENJADI SEPERTI APA YANG ANDA FIKIRKAN, OLEH ITU, SENTIASALAH BERFIKIR UNTUK MENJADI YANG TERBAIK” –Hukamak.
Ni pic adik ND, skrg ni dia tinggal kat UK gan family angkat dia..emm dia selalu kirimkan pic2 mcm ni kat ND, kata dia..dia suka pose mcm ni sbb view ni je yg nampak dia kiut..view lain nampak burok..haha pa2 pun Camelia..i love u so much k..
Dua hari yg penuh gan xtvt..happy/sad/enjoy/fun/interesting/funny/tired n byk lagi bermain/berlegar2 dlm diary dua hari tu..mcm celebriti pun ada gak..mcm ustaz pun ada gak, mcm driver taxi pun ada gak, mcm lawyer pun ada gak..emm apa lagi..ha mcm org angau pun ada gak..hahaha..apa2 lah..yg penting aku bernyawa lagi, dapat hidup di muka bumi Allah ni, dapat tgk muka mak lagi, dapat pelok mak aku lagi..dapat rasai makanan yg mak masak lagi..dapat jumpa kawan2, dpt jalankan tugas2 aku lagi n mcm2 lagi lah..(Ya Allah begitu agongnya ciptaan MU, begitu indahnya ciptaan MU, begitu baharga dan bernilai ciptaan MU)
1st of all thanks kat semua yang telah bersama2 gan ND dlm Nadi Kota KL since ari Sabtu dan Ahad lepas. Emm dua hari berturut2 tu, naik jemu gak pada siapa2 yg dengar eak..pe pun thanks kat kwn2 di KLfm..Kepada Noreen welcomehome dear..hahaha Moshi! Moshi! Wah, balik2 sampai kl terus speaking Jepon ni..tau la hang baru balik dari
Teringat masa pic ni di ambil gan kakak Noreen ni, masa ni Noreen siap hantar ND ke Bus Stand kat seksyn 17 Shah Alam tu..thanks kakak, jasamu ku ingati..
So guys, ari ni ND nak share satu lagi cerita pasal kasih dan sayang ni, maklum je lah
Adik, tolong akak dik..ayah tu marah mcm nak makan kita jer..
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.
Wajah ayah ketika itu..(cuba korang bayangkan berat badan ayah dia org berapa?)
"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah
tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun air mata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar
Ni lah wajah kakak sebelum digrooming..
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah
dan ibu. "Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat..... "Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa
yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.
Nilah muka adik dia ketika datang jumpa kakak dia kat asrama masa tu..siap bawak budak2 kampung lain lagi..
Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik."Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas,
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
9 comments:
mactually where u get those stories ek?....mcm collection dah..ke pandai mengayat?
salam,
i pun pernah dpt story nie kat email.
menitis air mata..
if i la kakak 2 i sggh bertuah punya adk mcm that guy.
syukur la hidup di dunia nie penuh dgn pelbagai liku.
ND,
i hope u happy always
kmain pnjg citer die..letih nk baca..huahuahua..
adoi..panjang nyer..bila nak abis baca ni? ekekeke`
Ary : Byk story i got from email..tq 4 those who send me such as nice story..
CikAnisGalaxy : Tq so much ya..ya, harap2 lah kita semua dlm keadaan sihat sejahtera..hendaknya.gembira selalu..hargai org2 terdekat kita dahulu sblm kita hargai org lain..syangi mereka sepertimana mrk menyayangi kita..
Duke: Kamu harus bacanya sampai habis baru kamu dapat sst darinya..begitu juga dgn diri kita..sudahi segala urusan kita seadanya baru kita tahu kesudahannya..tak gitu??
Normala Samsudin : heheh jgn marah gan nama panggilan ni eak..kang ada yang kena pelangkong..di baca duluin dong!
Sedihnya baca kisah ni.. sob sob:'(.. sape punya cerita la ni.. kalau buat drama kat tv saya yakin boleh menang anugerah.. sedih woo.. nak continue nangis balik.. huuu:'(..
Post a Comment