Followers

Tuesday, September 29, 2009

Terima kasih atas Nukilan ini...

Bisu.. Kelu.. Diamku..

Mau ku sapa..
Baik berhenti sahaja..
Nawaitu sebegitu..
Tak baik untuk kita..

Rasa bersalahnya..
Meski tiada terniat..
Ini bukan permainan..
Perasaan tak terkawal..

Ku perdengarkan kata hati..
Yang terbisik di tangkai naluri..
Biar ku karangkan ia..
Agar kau dapat membacanya..

Kita mungkin tak seperti dahulu..
Dan persahabatan mungkin telah membeku..
Mesti kita berdalih..
Meski kita menyangkal..
Hakikatnya keadaan tak akan pernah sama..

Ku faham maksudmu..
Ku sedar mungkin ini salahku..
Tiada asa lagi..
Biar ku membisu..
Dari aku berlalu..
Mengenang saat-saat manis..
Bersamamu.. Sahabatku..

No comments: