Followers

Friday, July 30, 2010

Selamat Ulang Tahun djND




5 Ogos adalah tarikh paling keramat bagi ND setiap tahun..tarikh itulah yg merubah angka usia ND dari setahun ke setahun..tahun ini, 5 Ogos jatuh pada hari Khamsi..emmm di semarakkan lagi dgn bulan ramadhan yang bakal tiba..



Setiap tahun, ND selalu ingatkan diri ND yg usia bukanlah segalanya, tetapi jauh di sudut hati ini selalu terfikir, bilakah ND akan menamatkan zaman bujang....? errr entahlah..semua itu hanya DIA yang maha ESA yang mengetahui..ND hanya berusaha, tetapi dia yang tentukan..apa pun tahun ini ND mmg mengharapkan sesuatu dari sesiapa sahaja utk menghadiahkan sst yang paling bermakna dalam setiap orang yang mengenali diri ND, tak kira lah apa benda itu. Kalau setakat ucapan dan ingatan dari mereka sudah acapkali ND terima, tetapi sudah 2 tahun ND tak terima apa dari org2 yang mengenali diri ND, justeru, semoga tahun ini ada sesuatu yang bermakna yang akan ND dapat dr mereka yang mengenali diri ND. Terima kasih teman, rakan, sahabat, kawan dan sebagainya..kerana kalian lah ND masih lagi tegak berdiri di sini.



Wasalam.

Thursday, July 22, 2010

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….


SHARE FROM MD REDZUAN

Friday, July 16, 2010

Jumaat Datang Lagi.


Assalammualaikum..

Salam satu Malaysia...
Wah, siap ada salam 1malaysia nih..
nape tak wish 1000malaysia ke, juta msia ke?
kan lagi bagus kan? errr apa2 je lah..

Btw, mlm tadi ND tido awal. Dlm kul 1030pm dah landing atas katil.
Sambil belek2 majalah Vouge, Impiana, Jelita, Wanita, Nadi, Perempuan, Mustika, URTV, Mangga, Manggis..wah..ko giler ke apa nak baca n belek semua2 tu..yg adorr, tak ada maknanyer ND nak belek n baca semua2 tu. Yg penting ND cuma belek majalah lama yang dah lama tak tgk iaitu majalah MEN, majalah ni menampilkan pakaian lelaki berfesyen. tak sampai 5 minit pun belek majalah tu mata dah ting tong..terus terlelap.

Mlm tadi rasa rugi sgt2, cos selalunya lepas solat isyak ND bacalah jugak Yassin. Tapi mlm tadi entah nape terus lupa semua tu. Dapat dengar Ehwal Islam kejap je gan Mak ND, bila iklan je terus bilang sama mak dah mengantok n nak tido.

Tp sepanjang perjalanan tuk sampai ke jam 6.30am tu. Mcm2 mimpi di lalui. tak perlu lah ND cerita detail apa yang ND mimpikan , cuma ND rasa pelik lak. Sejak akhir2 ni, asik mimpikan beberapa org yang sama jer. Mereka hadir mcm memberikan seribu satu maksud. Errr tak nak la PK yang bukan2. Harap tu semua hanyalah mainan tidur.

Bangun agak lewat walaupun beberapa kali di kejutkan oleh Alarm HP dan Alarm Istimewa iaitu Mak ND yang dok Pot Pet dari jam 5.30 suruh bangun. Akhirnya ND bangun kul 7am. Aduhai.. Kalau di ikutkan, + - pas mandi tu, mmg tak sempat sampai opis sharp jam 8am. tp setelah di gagahkan akhirnya sampai gak ke pejabat PKNS tu sharp jam 8am. Huhu, uols boleh ker tempuh jam kat federal highway tu yg jam giler lepas tol batu3 tu. Tapi bila da selalu ikut jln tu, maka tahu da jln mcm mana nak pintas kan..hehe




Sampai Opis pagi ni, rasa sayu lak..emm sayu kenapa..emm hanya diri ini yang tahu..kita sambung balik bila ND free nanti k..see yaa..daa....

p/s:

Uols, dengarkan lagu dari Dato' CT dan Krisdayanti berjudul TANPAMU..Hayati liriknya dan cuba kalian dengarkan iramanya, pasti ada yang menitiskan air mata. Percayalah.

jgn lupa solat Jumaat eak nanti Muslimin sekalian ;))

Thursday, July 15, 2010

Bila Rindu Datang Lagi...


Bila Rindu Datang Lagi

Bila rindu datang lagi
Hati ini jadi sepi
Hanya gambarmu kujadikan teman
Untuk berbicara
Agar kan terlerai sepiku yang ada

Bila rindu datang lagi
Aku membaca suratmu
Dan terbayanglah cerita semalam
Di antara kita di saat berdua
Dibuai asmara

( korus )
Kembali sayang kembalilah
Kembali segera padaku
Rindu ini menyiksaku
Mengusik setiap waktu
Aku rindukan kasih sayangmu

( solo )

Bila rindu datang lagi
Aku jadi tak menentu
Dan keresahan membuat diriku
Menjadi cemburu
Apakah dirimu setia padaku

Tuesday, July 13, 2010

WEDDING oh wedding....

Cakap pasal perkahwinan ni, Memang ND sendiri tak kawin2 lagi. Tapi sepanjang mengendalikan berpuluh2 majlis pasangan penggantin baru ni..tipu lah kalau hati tidak terdetik tuk melihat empunya diri mendirikan rumah tangga seterusnya menjadi Raja Sehari. Huhu, harap2 nya tidak lama lagi lah eak..amin.

salah satu pelamin yang di hias oleh Pak Abu di Royal Chulan KL.

Kali ni ,ND nak kongsikan sedikit pengalaman, cerita dan gambaran dari apa yg telah ND lakukan selain dari menjadi seorang Landscape Designer@Landscape Architect di PKNS, deejay Radio di KLfm. ND juga membuat kerja2 luar sebagai Pengacara Majlis untuk Majlis2 rasmi dan tidak rasmi seperti Dinner, Party, Launching, Wedding dan banyak lagi.


Syukur alhamdulilah, setakat ini diantara VVIP yang telah ND kendalikan adalah Menteri Besar Selangor dalam majlis Perasmian Hari Keluarga PKNS 2010, Majlis Persandingan yang di hadiri oleh Kerabat di Raja Sultan Selangor, Garduation Night Law Student UIA yang dihadiri oleh Ketua Hakim Negara, Malam Jasamu Dikenang UKM fakulti Kejuruteraan yang dihadiri oleh Naib Censelor UKM dan banyak lagi.

majlis persandingan anak ketua pengarah JKR

bersama peminat setia Radio Malaysia KLfm.
(tak sangka lak ada peminat time wedding ni)

Apa pun berikut di paparkan sedikit sebanyak gambar yang sempat di kongsikan bersama.


sekitar dalam dewan persandingan di Royal Chulan KL.

inilah tempat ND mengendalikan majlis.

konsep diraja menjadi pilihan mempelai di hiasi oleh Pak Abu.

plamin nampak simple, tapi dari jauh berkilauan bagai ada kristal menggelilinginya.

Peminat dari Cheras ketika persandingan anak sahabat KLfm iaitu Kak Dayang Single.

Haa..inilah Kak Dayang single..

Pose istimewa bersama Dr. Kyrol.

Pakej istimewa yang di tawarkan oleh rakan lama ND iaitu Bahrein muhammad. Booking jgn tak booking k.

Monday, July 12, 2010

XTVT Hujung Minggu 10 & 11 Julai 2010

DOMPET HILANG KE HILANG DOMPET



INILAH LAPORAN POLIS YANG DI BUAT PADA 9HB jULAI 2010 JAM 8.30MLM

Lost+Konti+Makeup Penggantin+Final World Cup 2010

Seperti mana biasa la uols, hujung minggu ND penuh gan XTVT, mmg jarang nak dok terperap kat umah buat keja2 amal (membasuh baju+kereta, menjemur kain, memasak, menyulam, menonton tv, kemas bilik, baca Novel, buat keja2 amal di luar spt. window shopping, tgk movie, melawat tempat hiburan dan mcm2 lagi) ke apa..eeee mmg ku impikan utk kerja2 itu semua...cuma tak berkesempatan lagi.

Nanti lah, ada masa nanti mmg nak amik cuti lama dan tak nak sentuh langsung gan keja2 berkaitan gan Konti, PKNS or Eemcee Jobs. Masa tu nanti just nak p jauh2 dari kl n nak cari ketenangan kat sebuah pulau yang indah...huuu (mula dah aku mengelamun bagai..hehe).

9hb (Jumaat) Lepas keja di PKNS, jam 7.30pm. Ingatkan nak g Swim kat Kelana Jaya..so sampai di parking keta terus bersiap tukar baju dll, tak perasan yg dompet letak atas bumbung keta masa tgh tukar baju. Masa dah kat Federal highway tu baru teringat yg Dompet cam tak ada dlm keta. Trus Uturn balik semula ke opis.

Malangnye......(korang tahu je lah kalau ND dah kata malangnyer tu kan..tak kan nk tulis detail lg mcm mana ND dok mencari dompet..huhu =) Apa pun ND nak ucapkan terima kasih akt guard PKNS bernama Shah, juga rakan sekerja berpangkat Pegawai iaitu Aziah yg perihatin. Aziah bagi ND pinjam RM20 utk cover perut yg mmg tgh kosong dan lapar waktu tu, dah la nak balik Shah Alam mcm tak berbaloi cos kena kua umah lagi jam 10.30mlm tuk stnby Konti tgh mlm tu dlm Relax KL..aduhai..mcm2 berlaku lak..apa pun tetap bersabar je masa tu. Allah itu kan maha adil..

Abis citer pasal dompet ilang tu. Now ND nak share lak pasal make-up2 ni, 10hb dalam perjalanan balik ke shah alam lepas konti Salam Interaktif jam 2ptg.. Amyjantz (Make-up artis) antaranya yg telah di Make-up adalah Pelakon terkenal iaitu Rozita Cek Wan, Elyana, Student2 AF6&7 dan ramai lagi.

Bertempat di Dewan Seri Endon Putrajaya, ND just temankan si Amyjantz ni tuk make-up kan penggantin ni. Namanya pun ND lupa, ala sekadar cari pengalaman kata org. Pas tu jumpa lah jugak gan Man Kajang cos dia yang buat baju penggantin. meletops gak dia punya design.






Abis Make-up tu ND sempat gak singgah ke Butik Man Kajang di bandar Kajang tu, meletop yer..lepas tu baru balik rumah. Cos dapat panggilan kecemasan kena ganti konti Rentak Pagi KL gantikan MK yg tak sihat. Emmm apa pun ND ok saja..tu pun si Sonic dah call minta Ganti lagi Konti tgh mlm tu..mak oiii, sib baik bole PK pjg lagi..giler ke apa nak konti dari tgh mlm sampai ke pagi pas tu sambung lagi konti pagi kl dan ptg nyer lak KLKL...Pancit ler pas tu..



Apa pun dugaan Hari Ahad 12hb Julai tu tak berakhir di situ, kerana abis saja konti KLKL, ND buat playlist tuk konti hari Isnin, tgh2 buat tu, KBR kol minta ke KL jam 10 keatas tuk buat Cross Over dari Bukit Bintang sempena Sorakkan 1 malaysia 1 Suara. Mak oii, masalahnyer aku ni dah la tak minat bola, pemain mana yg belawan pun ND tak amik tahu, mmg malas dan tak suka bole..dinch kata adik2..huhu..tp dek kerana tugas, so ND gigihkan jugak..janji aku di bayar. ND tak nak abiskan masa ke KL semata2 nak tgk Bola..eeewwww, that not me uols.

So pas siap buat play list terus la ND ke KL, sib baik jln ok walaupun sedikit jam nak ke Bukit Bintang tu. Parking pun ok kat hotel Istana.

Perut lapar, so makan dulu kat McD gan Edd, sib baik dia ada, dia lah yang tolong2 amik kan gambar2 masa kat KL tu, masa buat cross over, ND jumpa sekali gan Hezry Hashim yg kena buat lintasan dari situ gak kat TV 1, so ND pun sempat lah interframe gak..haha..pas tu terus balik umah, mandi, iron baju, grooming sikit then tido. Tgk jam kat dinding menunjukkan jam 4 pagi..cos sempat gak layan final bola separuh masa kedua, tapi masa tu masih lagi berkedudukan O-O..huhu...yg penting jam 6.30 bangun terus dapat keputusan yang Spain menang gan 1-0..kira ok gak lah..huhu

Bergitulah seba sedikit cerita hujung minggu ND. letihkan ?

Friday, July 9, 2010

'Cinta Anita' bagaikan sebuah Mimpi jadi Kenyataan..


Assalammualaikum...

Apa kabar semua? Semoga kalian di dalam lindungan rahmat Tuhan hendaknya..(maklumlah, waktu tulis blog ni..Ari Jumaat, mukadimah kenalah berunsur ketuhanan..baru lah nampak ND ni muslimin yg sejati..amin, mudah2an)

Btw, agak lama juga tak menulis seakan diari mcm ni, rasanya dah berbulan2 lamanya..emmm may b teruja gan persembahan smlm (8 Julai 2010) @ KL Live Kuala Lumpur bersama Bintang lagenda tanah Air..siapa lagi kalau bukan Anita Serawak, membuatkan ND utk menulis sst buat tatapan semua.

Wajah Kak Nita sebelum pelancaran, simple tetapi cukup menawan.

8 julai 2010..ya, satu tarikh yang akan terus terpahat dlm diari kehidupan ND dan segar dlm ingatan ND. Mana tidaknya, ND di gandingkan bersama seorang artis terkenal..sekali gus berkerjasama dgn nye dalam Pelancaran Album terbaru beliau..iaitu Cinta Anita.

Bertempat di KL Live Kuala Lumpur, pentas yang sememangnya telah menampilkan ramai artis ternama tanah air seperti Ning Baizura, Sheila Majid, Dayang nurfaizah, Search, Amy, Awie, Anuar Zain, Ziana Zain dan ramai lagi.

Seingat ND, pertama kali ke KL Live adalah sekitar tahun 1999 dan waktu itu adalah ketika ND masih lagi belajar di UiTM Shah Alam. Bertemankan dgn rakan sekuliah waktu tu utk menyaksikan Persembahan Amy Mastura dalam pelancaran Albumnya. Masa tu memang teruja sangat2 sebab tak pernah pun rasa enjoynya tgk show seumpama itu. Selepas itu, untuk pengetahuan anda, mmg ND tidak lagi masuk utk melihat apa persembahan di KL Live, bukan tiada jemputan atau show utk di tonton. Tetapi keadaan dan masa yang mungkin tidak mengizinkan.

Sesi PC Cinta Anita..(tika ni, hatiku bagaikan bergelora terasa bahawa diri ini Glem seketika..walaupun hanya sebagai pengacara sahaja)

Yes, Pelancaran Album "Cinta Anita" bagaikan Hari Ini Dalam Sejarah hidup ND, Mana tidaknya, seawal di hubungi oleh pihak Live Record iaitu Kak Sari dari Live Record M'sia dan En. Osman dari Live Record S'pore, ND mmg telah teruja utk berkerjasama dengan Anita Serawak atau lebih sinonim dgn nama "Kak Nita".

Ini lah Kak Sari dari Live Record M'sia, org pertama yang Call ND dan menjemput ND utk jadi MC di majlis pelancaran album Cinta Anita ini..terima kasih yang tak terhingga kak atas kepercayaan ini.

Bersama Abg Mahathir, Kak Nita dan En. Osman selepas sesi Reheasal.

Wow!! cuba bayangkan, setelah hampir 11 tahun baru ND dapat berada kembali di KL Live dan kali kedua kehadiran ND di KL Live bukan untuk menionton, tetapi berkerja sama dgn seorang artis ternama siapa lagi kalau bukan Kak Nita. Yes, masih lagi terasa terujanya walaupun sesi pelancaran telah tamat semalam. Apa pun, ucapan jutaan Terima Kasih kepada Kak Sari dan Abg Osman. Juga buat Kak Nita & Abg Mahathir. All the best buat adik2 AF8.

Pose istimewa bersama Pasangan Bahagia.

Kepada mereka yang turut hadir spt Ariel Muzikfm, Farid dan Nazir dari Fan Club FB djND dan ramai lagi. Tidak dilupakan rakan2 wartawan hiburan, media cetak dan elektronik dan rakan2 artis lain yg turut sama hadir di Cinta Anita.

Bersama Adira AF8

Bersama Juara AF8..Shahir

Persembahan Mantap dari 7 pelajar AF8 terdiri dari Shahir, Maulana, Iwan, Anum, Adira, Ema dan Ain.

Wednesday, July 7, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan...-djND


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan