Followers

Thursday, March 12, 2009

Majlis Makan Malam Gemilang Kelab Sukan


Salam,

Ni antara aktiviti yang dijalankan setiap tahun oleh Kelab Sukan Dan Rekreasi PKNS tempat ND bertugas, selain menjadi DJ part time di KLfm..ND juga bertugas sebagai pembantu Landskap Arkitek di PKNS.

Tahun ini, merupakan tahun pertama ND join AJK KSR dlm majlis makan malam. Sebagai salah seorang dari urusetia, sudah semestinya tak menang tangan di buatnya time ni, mana tak nya, dari tgh mlm berkonti sampai ke pagi kemudian ke konsert klfm tu then balik rumah cuma sempat tido sejam saja utk cover mlm ni..emm nasib baik lah lepas tu ok.

Jom saksikan antara kemeriah majlis malam tu yg turut dimeriahkan oleh artis jemputan spt Harith Iskandar, Ezlynn, Jamal Abdillah dan Liza Hanim...apa pun kepada semua yang turut menjayakan majlis pada malam ni, thanks kat uols. ND sempat berjumpa dgn sahabat klfm iaitu Chef Mat.




Berama Ezlynn dan juga pemenang best dress..
Z tetap nak interfrmae..huhu..

Kata Hikmah Hari Ini 12 Mac 2009

"Aku suka miskin kerana ia tanda tawaduk pada Tuhanku,
Aku suka penyakit kerana ia tanda penebus dosa,
dan aku suka kepada mati kerana aku rindukan Tuhan." - Abu Dardaa.


Renung2kan dan slmt beramal.

-ND

Wednesday, March 11, 2009

Kata Pujanga Pagi Ini


Alangkah baiknya jika kita boleh membuka dan menutup telinga semudah kita menutup dan membuka mata. Khabar angin tidak harus dipercayai.

Tuesday, March 10, 2009

Konsert KLfm Perghhh!!!


Salam,

ND hanya berkesempatan berada di bukit jalil sampai ke pukul 2 petang saja..selepas itu ND dah ting tong..mana tak nye..konti dari tgh mlm sampai ke pukul 3 pagi, lepas tu sambung balik jam 6 pagi sampai ke pukul 10 pagi..then terus ke bukit jalil..so tak dpat bertahan sampai ke konsert bermula..maafkan ND kepada semua pendengar yang nak berjumpa tu spt Mama, Noreen, Kak Sal, Lina Rock, Spoket, Abg Kajang, Puteri Jelita Ayu, Ziah, Anas, Indera, Kamal, Jun, Is, Tengku, Cek Part, Kak Teh dan ramai lagi..apa pun, kalian mmg best n spotting..harap dapat jumpa kalian lagi satu masa nanti eak.

Ni antara gambar yang sempat ND amik ari tu..hehe




Monday, March 9, 2009

KLfm Bersama Datuk Dr. Sheikh Muszaphar


Salam..

Siapa yang tidak mengenali Angkasawan Negara kita, tersenarai dalam senarai orang islam ke 9 yang telah sampai ke Angkasa..Datuk Dr. Sheikh Muszaphar hari ini 9 Mac 2009 sempat meluangkan masanya bersama-sama di konti KLfm untuk di temubual. ikuti diantara rakaman gambar dan juga video yang ND sempat rakamkan ini.

Pn Fee turut sama dalam slot Salam Interaktif bersama Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ini..

Datuk mmg cukup spoting, tq Datuk for this picture..

Pn. Fee sempat merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Angkasawan negara..




Ini adalah antara sedutan rakaman perbualan di antara Julia dan Datuk..

WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah
WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH

"Kita semua bersyukur dan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad saw Namun kita wajib pastikan cara kita ikut dan faham mengenai baginda. Saban tahun banyak pihak yang meraikan maulid, apakah umat Islam bertambah dekat dengan baginda?"

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, renungan dan peringatan zahir sahaja tidak memadai jika tiada pengisian penting dan penghayatan untuk mentafsirkannya dalam bentuk akidah dan amalan.

"Majlis seumpama ini penting bagi memperingati kisah perjuangan dan pengorbanan baginda berdakwah dan memartabatkan Islam.

"Amalan secara tradisi ini juga merupakan kaedah penyatuan ummah dan permuafakatan paling berkesan bagi menyatupadukan masyarakat Islam daripada pelbagai perbezaan pendapat dan ideologi," katanya

( petikan akhbar Isnin, 12 Rabiul Awal 1430; 9 Mac 2009)


Selamat Meneruskan Perjuangan Rasullullah s.a.w

Sunday, March 8, 2009

Kenangan Terindah

PICTURE 1: Jalan-jalan Cari Makan Edisi Bangkok, Thailand 2006

PICTURE 2: Jalan-jalan cari makan Edisi Padang, Indonesia 2004

PICTURE 3: Jalan-jalan Cari Makan Edisi Singapore 2006


PICTURE 4: Jalan-jalan cari Makan Edisi Paris, 2003.



PICTURE 5: Jalan-jalan cuci mata kakanye..haha gurau je uols..

HAri Sabtu yg bz, Ahad yang Relax & Inin yg Tenang..


Salam...
Apa kabar semua,
Semoga sihat n ceria hendaknya ya,
Salam Maulidur Rasul Buat semua yang beragama Islam..salam ingatan kita kepada Nabi Junjungan kita yang kita patut cintai..kepada wanita2 semua, salam hari wanita jugak eak..kepada lelaki2 tu, jgn lak jealous eak org pompuan ada harinya..kita juga boleh buat hari LELAKI sedunia..hehe..

ND tak sempat lagi nak download gambar2 terkini ND dlm xtvt yg ND jalani..apa pun, tunggu saja dan sentiasa update ye blog ini dari masa ke semasa..insya Allah..

Lastly, ND nak rest lagi ni..ada masa dan kesempatan nanti kita sembang lagi k..

p/s: Kepada yg telah menjayakan konsert klfm alive kt bukit jalil 7 mac ari tu, thanks uols..n juga kepada mrk yg sempat dtg..


Saturday, March 7, 2009

Relax KL..so sori ...bit bored..im tired actually..

Salam semua, awal pagi ni mmg ND agak tak bersemangat..apa pun, kepada semua yang sempat keudara tu, thanks eak..yg kirimkan SMS pun thanks. Pada kak sal so sori ND tak dapat nakreply msg n jwb kol..cuma dapat bacakan sms kak sal je..pada mamarock, tq so much kerana call n memahami ND ni yang agak keletihan..mmg ND akui, pg ni tak berapa ceria..apa pun ND nak berehat jap ni...then awal pagi nanti nak konti lagi dlm Suria Pagi KL..see ya...

Thursday, March 5, 2009

Karoke+Pantun Santai bersama ND..Meletopssss!!!


Dari kiri : Abg KjgBerlipat, Kak Sal Bangi, Puteri Jelita Ayu, Tasha, Wanie, Arm&Tommy


Salam..

Ya..Memang Boleh Jual Lah awal pagi tadi..dgn semua pendengar KLfm yg mengirimkan SMS mahupun yang menghubungi konti..to be honest..mmg ND tak cukup tgn melayan talian..sampai nak ke toilet pun tak sempat..apa pun, thanks ya kepada semua..terutamanya kepada yg telah berpantun santai juga yg tlh berkaroke santai..

Thanks to Kak Sal Bangi dgn Menaruh Harapan, Ady Subang Jaya dgn Pantun hanggatnye dan terjual, Mama gan lagu santainye..(sori, lupa lak tajuk lagu Mama), Puteri jelita ayu gan pantunnye, ada ramai lagi yang berpantun dan bernyanyi..antara yang ND ingat ada lagu Tenda Biru, Cinta Bandar Tasik Selatan, Gelombang by Sanisah Huri, perghhh!!! uols mmg Bole Jual Lah!...tq so much kerana membuatkan ND ceria dan happy awal pagi tadi ya..teruskan bersama ND hari sabtu ini 7 Mac 2009 dalam Suria Pagi KL bermula jam 6pagi - 10 pagi pula...nantikan apa kah topik yg nak ND kupaskan..kabarnya ada slot istimewa buat pendengar..nak tahu apa..haa tunggu!!!

Coretan : Khamis/5.Mac.2009/Office